Posts

Showing posts from October, 2020

0021: CERITA IVF PERTAMA KAMI di HUKMSC! (Part IV) - Our Embryo Transfer Day!

Image
 Assalamualaikum semua. πŸ‘‹ . . . . Apa khabar?  Musim-musim pandemik ni sila jaga diri ya.  Tak ada keperluan untuk keluar sila jangan keluar ya.  . . . . 1, 2 hari berlalu. Tiada panggilan daripada pihak HUKM. Eggs retrieval aku adalah pada hari ahad, ni dah hari rabu. Prof kata embryologist akan call untuk update bila tarikh ET (embryo transfer). . . . Aku mula tak senang duduk. Aku ingat lagi, aku kerap whatsapp husband aku untuk hubungi MAC HUKM. Yela aku nak tahu juga sama ada aku kena buat day 3 ke day 5 transfer. Petang tu aku terima whatsapp daripada PA Prof. Masa ni aku belum dapat confirmation lagi. Tapi masa terima whatsapp ni aku memang betul-betul happy, sebab dah nampak bunga-bunga yang embryo ktorg berada dalam keadaan baik,  Inshaa Allah. Pada yang wondering apa beza day 3 dan day 5 transfer,  korang boleh refer pada video di bawah ni ya: . . . Blastocyst Vs Day 3 Embryos . . . Jadi, memang ada perbezaan yang ketara pada dua hari ni. Secara ...

0020: CERITA IVF PERTAMA KAMI di HUKMSC! (Part III) - Sakit tak buat Eggs Retrieval??? 😱

Image
 Assalamualaikum semua! πŸ‘‹ . . . . Aku bukak entry khas untuk tajuk hari ni. 'Eggs Retrieval' . . . Day 14 (18-10-2020) : Eggs Retrieval Pada pagi Ahad yang indah, aku dan husband melangkah ke HUKMSC untuk step penting yang seterusnya.  Seperti yang diminta ktorg terus ke Wad Kristal untuk sesi pendaftaran.  Malam sebelum tu, nurse ada kirimkan whatsapp  mengenai langkah atau steps untuk hari ni. Husband aku selesaikan deposit Rm4k di farmasi  dan aku pula bersiap sedia untuk proses seterusnya. Untuk pengetahuan korang, harga procedure ni berbeza mengikut hari ya.  Tak termasuk ubat-ubatan ya kawan-kawan. Weekdays: Rm5900 Weekends: Rm6500 Beza banyak jugak kan?  so, doa la moga korang kena on weekdays. . . . Aku kena weekend, bahahahaha! πŸ˜‚ Pejam mata jela ye.  Ni semua Allah dah tetapkan. Optimis gitueww. 😌 Aku diberi satu katil, tukar pakaian ke pakaian dorang. Macam biasa kena tanggalkan semua lah ye termasuk yang kecik-kecik tu. Masa ni nurse...

0019: CERITA IVF PERTAMA KAMI di HUKMSC! (Part II)

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera my dear readers! ✋ . . . . Aku taip post ni hari yang sama cuma beza jam je.  Tadi stop kejap sebab keadaan pinggang aku tak berapa mengizinkan untuk aku terus menaip. . . . aku lupa nak taip masa entry lepas, masa first appointment korang akan dapat kertas biru. Dalam tu dah siap dengan jenis ubat, tarikh scan apa semua. Jadi apa-apa refer situ je k. . . . Day 8 (12-10-2020): Follicle Track/Scan Kali ni aku n husband datang membawa bersama telur-telur yang dikandung, haha! Masa ni tak rasa apa sangat pun. Macam biasa masuk je bilik prof kena baring untuk nak tinjau keadaan telur. . . . Masa ni, telur aku berada dalam keadaan yang tak begitu sekata tumbesarannya. Prof kata sebab cyst aku masih aktif.  Masa scan memang ketara sangat ovari kiri aku tak ada langsung telur yang besar. Jauh beza sangat dengan kilang sebelah kanan. Obvious. Prof sampai ingat la nama aku sebab hal ni. 😜 . . . Hasil scan mendapati kilang telur sebelah kanan bertind...

0018: CERITA IVF PERTAMA KAMI di HUKMSC! (Part I)

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera my dear readers! ✋ lama rasanya tak update blog ni, tak update sebab tak ada benda nak update. . . . Ni dah ada benda nak update boleh la nak menulis balik. Ok, seperti yang korang sedia maklum aku buat IUI dekat HKL dan dipendekkan cerita ketiga-tiga IUI tersebut tidak berjaya. So, next step adalah IVF.  Nak dijadikan cerita tahun ni tahun tak berapa bertuah untuk semua penduduk di bumi  maka secara automatiknya para para golongan seperti aku ni pun terkesan jua lah.  So Last IUI yang aku dan husband buat adalah pada bulan Julai di HKL  dan mengikut kata nurse,  turn IVF ktorg secara jangkaan kasarnya adalah pada tahun 2022 nanti.  Maka tak apa lah, ktorg pun redha sekurang-kurangnya nama ktorg dah ada dalam waiting list HKL. Syukur juga tu pun. :) So, aku tak nak update pasal IUI ketiga sebab basicly sama je dengan IUI aku yang sebelum ni.  Dose pun sama cuma beza timing dengan Doc je, hehe. . . . So........berbali...