0020: CERITA IVF PERTAMA KAMI di HUKMSC! (Part III) - Sakit tak buat Eggs Retrieval??? 😱

 Assalamualaikum semua! πŸ‘‹

.
.
.
.

Aku bukak entry khas untuk tajuk hari ni.

'Eggs Retrieval'

.
.
.

Day 14 (18-10-2020) : Eggs Retrieval

Pada pagi Ahad yang indah, aku dan husband melangkah ke HUKMSC untuk step penting yang seterusnya. Seperti yang diminta ktorg terus ke Wad Kristal untuk sesi pendaftaran. 



Malam sebelum tu, nurse ada kirimkan whatsapp 
mengenai langkah atau steps untuk hari ni.
Husband aku selesaikan deposit Rm4k di farmasi 
dan aku pula bersiap sedia untuk proses seterusnya.


Untuk pengetahuan korang, harga procedure ni berbeza mengikut hari ya. 
Tak termasuk ubat-ubatan ya kawan-kawan.


Weekdays: Rm5900

Weekends: Rm6500


Beza banyak jugak kan? 
so, doa la moga korang kena on weekdays.
.
.
.

Aku kena weekend, bahahahaha!

πŸ˜‚

Pejam mata jela ye. 
Ni semua Allah dah tetapkan.
Optimis gitueww. 😌

Aku diberi satu katil, tukar pakaian ke pakaian dorang.
Macam biasa kena tanggalkan semua lah ye termasuk yang kecik-kecik tu.
Masa ni nurse datang hulurkan botol kecik untuk husband aku keluarkan specimen dia.
Katanya husband perlu ke bilik yang disediakan di floor yang sama. 
Sama macam di HKL lama, disediakan sofa dan ada tandas di dalamnya.
.
.
.
Haaa kalau korang ke HKL yang baru, WACH
(Women and Child Hospital) yang baru siap tu, 
mesti korang tahu yang kat sana dah jauh beza dengan keadaan dulu. 
Unit tu sekarang dah dipanggil ART dan berada di sebelah lobi. 
Bilik dia selesa sangat2 dan specimen pun tak perlu dihantar keluar.
Ada satu tingkap besi kecil yang menghubungkan antara bilik khas tersebut dengan lab.
Ni experience aku masa buat IUI di WACH bulan Julai 2020 baru-baru ni.

Eh rasa macam nak buat entry la pasal IUI di WACH. πŸ˜›
Entry pengalaman IUI aku di HKL lama paling hit dan ramai baca, 
last aku check tadi dah dekat 7k jumlah pembaca. 
In shaa Allah aku bukak entry IUI di WACH ya!
.
.
.

πŸ˜‹

sambung... (tadi iklan jap) 
.
.
.
Masa husband aku pegi buat urusan beliau. Aku nampak couple masuk check in sebelah katil aku.
Conversation dorang amat menarik.
Aku tak la curi dengar, tapi dah duduk sebelah katil gila la tak dengar kan.
Tak kan aku nk tutup telinga pulak.
Setelah diamati dan diteliti umur couple ni dalam middle 30s macam tu.
Bagus husband akak ni, kata-kata dia lembut je masa isteri dia minta
doakan dia. Nervous agaknya.
Sama la macam aku pun. Aku ni dah la first time!
.
.
.
Sehari sebelum hari ni, aku gatal pegi tengok youtube tentang proses n kesan 
eggs retrieval ni. Semua aku ulang balik ya, SEMUA video yang aku tengok,
semua kata sakit ya kawan-kawan.
Siap dorang bagi tips lagi caner nak jaga lepas procedure ni.
Nahhhh.
Husband aku kata yang gatal pegi tengok tu kenapa.


πŸ˜†


Tapi disebabkan aku jenis tak boleh sabar, aku tengok jela untuk reference kan.
Mana la tahu sakit macam lepas aku laparoscopy dulu. 
Boleh kita belajar apa yang patut.
positif giteuwww.

Aku punya cuak memang tak nampak tapi dalam hati Allah je yang tahu.
.
.
.
Nurse masuk n ambil blood pressure, temperature aku.
Best part is:

Nurse: Panas sikit suhu puan.
Aku: Yaa...
Nurse: Diam (masa ni aku perasan dia tak pakai glove)
tiba-tiba dia keluar.

seminit kemudian dia datang pulak dengan pakai glove.

hahahahahahaah!
.
.
.
Aku gelak dalam hati, takut covid la tuu. πŸ˜‚
.
.
.
Nurse datang cucuk bahagian tangan untuk buat lokasi anesthesia.




Aku kena datang jam 8 pagi.
Seingat aku, aku tunggu di Wad Kristal tu ada la dalam sejam lebih.
Husband aku selesai, pastu turn husband akak tu pulak.
.
.
.
Dalam 9 lebih macam tu aku ditolak ke O&G level G. Betul-betul sebelah lobi utama.
.
.
.
Lupa aku nak update, jam 11 malam sebelum procedure ni aku diberi injection untuk matangkan telur.
Ok, ni gambar aku ditolak oleh nurse tadi.
Baik nurse ni, lembut je.
Aku tanya banyak mana pun semua dia jawab dengan lembut.
Masa ni aku tak nervous sangat, cuma teruja kena tolak guna wheelchair. 
πŸ˜‚


Aku masuk ke bahagian sementara.
Dalam tu ada katil.
Seperti yang dijangka, akak yang sebelah katil tadi pun buat procedure yang sama.
Sebelah katil aku jugak.
hehe.
.
.
.
Akibat tahap kebosanan yang melampau agaknya, 
akak tu pun tegur aku.
Asalnya aku nak tegur dia dulu tapi aku takut mengganggu, yela kita tak tahu situasi orang kan.
Aku sempat berdoa masa ni, serius aku doa.
Aku doa supaya akak sebelah aku ajak aku borak sebab aku tengah boring n tak kisah 
kalau diajak berbual.
Tak sampai beberapa minit aku nampak langsir pun diselak 
dan akak tu pun tegur aku.
Allah Maha Hebat. Sekelip mata Dia makbulkan doa aku.
.
.
.
sebelum tu ada sorang nurse ke MA ke Doc ke aku tak sure, 
datang tanya tentang last scan ktorg.
Berapa telur.
Aku bila tengok video mat saleh, dorang punya telur bukan calang-calang sikit babe,
semua belas-belas n puluh-puluh.
Aku ingat aku punya 11 tu sikit dah. 
Aku dengar akak ni punya lagi sikit tak sampai separuh aku, 
terus aku rasa Ya Allah bersyukur sangat.
Aku memang doa supaya telur aku berkualiti. 
Aku tak berapa kisah tentang bilangan, tapi yela IVF ni kan lagi banyak lagi bagus.
.
.
.
11 pun alhamdulillah.
.
.
.
Akak tu dah kali kedua buat IVF, aku tanya dia sakit tak procedure ni?
Dia kata tak.
Aku cakap, ni pertama kali saya dengar orang kata tak sakit.
Terus dia senyum dan aku pun harap aku sama macam dia. Tak sakit 
Aaminn.
.
.
.
Dia masuk dulu kemudian turn aku. 
Masa tu aku tengok jam dah jam 11 lebih. Terus aku teringat aku last makan 10 lebih malam tadi.
Dan procedure ni ktorg kena puasa ya.
Aku tengok jam banyak kali bukan apa, sebab aku lapar. haha!
.
.
.
Last aku ingat, masa dalam tu nurse suruh aku selawat dan baca doa.
Aku dengar nurse tu kata dia nak masukkan ubat tidur dalam tempat yang nurse atas cucuk tadi.
Last aku tengok benda tu masuk tangan aku dan aku dah tak sedar apa dah.
.
.
.
Procedure rasanya tak sampai 20 minit.
Aku syak la.
.
.
.
Aku teringat lepas nurse kejut aku suruh duduk atas wheelchair.
Masa ni aku macam mamai lagi.
.
.
.
Aku prasan akak sebelah pun ditolak sama ke atas.
Husband aku cakap, akak tu macam dah ok daripada ubat tu.
Aku masa tu mamai lagi.
Yela aku kemudian daripada dia kan.
.
.
.
Aku masuk wad kristal balik.
.
.
.
tak lama aku dengar suara prof, dia bagitahu yang
dia dapat collect 11, 11 tu termasuk telur kecik yang respond lambat tu.
Yang sebelah ovari kiri aku ada 2.
As expected.
Dan prof kata lagi, 3 daripadanya cyst.
As expected, yang gemuk besar telur aku tu memang cyst.
hehehehe.
So, 11 tolak 5 tinggal la 6.
πŸ’›

pun alhamdulillah... πŸ™†
.
.
.
Prof kata next procedure tunggu panggilan daripada embryologist 
untuk tahu tentang perkembangan embryo ktorg.
Kalau embryo okay kita buat EF (eggs transfer) day 5.
Kalau tak berapa buat day 3.
Masa ni ktorg doa semoga embryo ktorg sihat dan berkualiti.
In shaa Allah. 
.
.
.


Aku gerak balik sebelum asar macam tu, di wad cuma day care.
Tak perlu admit.
.
.
.
Masa aku sedar sepenuhnya,
aku tak rasa sakit pun.
Cuma ada la rasa tak selesa sikit bahagian abdomen tu.
Tu je.
.
.
.
Malam tu aku rehat macam biasa, tak ada yang beza nyenyak jugak tidur.
Aku ingat mungkin esok la akan mula rasa sakit.
Turn out tak.
Alhamdulillah.
Sampai hari ke 3 - 4 tu cuma rasa sikit bila bergerak tapi bukan rasa sakit,
tapi rasa macam lenguh.
Lain-lain memang tak ada.
Masa ni aku teringat pengalaman akak sebelah katil aku.
Alhamdulillah.
Aku pun sama, kalau orang tanya sakit tak buat eggs retrieval aku jawab alhamdulillah tak.
Tak sure ikut badan masing2 la kan.
Kalau tanya aku tak.
πŸ˜ƒ
.
.
.

Gambar ni aku amik the next day lepas aku buat procedure tu.
Saja ja chillin' gitu.
.
.
.
Thanks to my husband n my mama. 
Kalau tak memang tak dapat la aku chillin' macam ni kan.
😍
.
.
.
Ok la, 
nanti aku sambung next entry ya!
Penat dah ni sis menaip. hehe.
.
.
.
Till then! πŸ’‹

Comments

Popular posts from this blog

024: Pengalaman IVF Kedua (HUKMSC - FROZEN EMBRYO)

0018: CERITA IVF PERTAMA KAMI di HUKMSC! (Part I)

0021: CERITA IVF PERTAMA KAMI di HUKMSC! (Part IV) - Our Embryo Transfer Day!