0019: CERITA IVF PERTAMA KAMI di HUKMSC! (Part II)
Assalamualaikum
dan
salam sejahtera my dear readers! ✋
.
.
.
.
Aku taip post ni hari yang sama cuma beza jam je.
Tadi stop kejap sebab keadaan pinggang aku tak berapa mengizinkan untuk aku terus menaip.
.
.
.
aku lupa nak taip masa entry lepas, masa first appointment korang akan dapat kertas biru.
Dalam tu dah siap dengan jenis ubat, tarikh scan apa semua.
Jadi apa-apa refer situ je k.
.
.
.
Day 8 (12-10-2020): Follicle Track/Scan
Kali ni aku n husband datang membawa bersama telur-telur yang dikandung, haha!
Masa ni tak rasa apa sangat pun.
Macam biasa masuk je bilik prof kena baring untuk nak tinjau keadaan telur.
.
.
.
Masa ni, telur aku berada dalam keadaan yang tak begitu sekata tumbesarannya.
Prof kata sebab cyst aku masih aktif.
Masa scan memang ketara sangat ovari kiri aku tak ada langsung telur yang besar. Jauh beza sangat dengan kilang sebelah kanan. Obvious.
Prof sampai ingat la nama aku sebab hal ni. 😜
.
.
.
Hasil scan mendapati kilang telur sebelah kanan bertindak positif dan hasilnya ada dalam 9 telur yang pelbagai size tapi masih dalam kategori baik.
Prof kata : "cantik"
.
.
.
sengih-sengih la kita ni dengar, alhamdulillah!
Prof kata,
kita teruskan lagi injection gonal f untuk another 2 days.
Dan aku dibekalkan dengan tambahan ubat iaitu aku lupa dah nama apa,
ubat ni untuk elakkan telur daripada pecah.
.
.
.
.
.
.
.
seperti mana yang tertulis,
seperti mana yang tertulis,
korang nampak kan yang ovari kiri aku tak ada sebarang catatan pun.
😇
Catatan telur:
18x15
17x5
23x17
16x8
15x15
15x13
14x13
14x6
11x9
Uterus lining: 11.5mm
pada yang wondering apa fungsi dan peranan ketebalan rahim,
biasa kalau scan
mesti gynea akan sebut tebal rahim kan?
.
.
.
.
fungsi dia adalah untuk embrio menempel. 😍
.
.
.
.
kata Prof dia nak sekurang-kurangnya 10mm.
dan alhamdulillah masa ni aku dah mencapai lebih daripada yang dikehendaki.
Ouhh ya! Prof kata telur yang paling besar tu mungkin cyst, dan turn out memang cyst pun haha!
ok, sekian untuk update day 8.
Day 10 (14-10-2020): Scan lagi
Hari ni kita scan lagi ya kawan-kawan. Aku amik cuti lagi. 😆
Selamat la AL aku banyak lagi.
so,
so,
so,
.
.
.
apa cerita?
.
.
.
Alhamdulillah telur-telurku berkembang dengan jayanya.
😃
Biasa aku baca, size telur cantik dalam 18 ke atas.
Catatan telur:
25x17
19x17
18x14
19x18
16x12
16x9
13x10
Uterus lining: 10.8mm
Jangan tanya mana lagi 2 telur aku pergi sebab aku pun tak tahu. 😂
Size telur-telur ni Prof kata berpotensi lagi untuk besar sebab baru hari ke 10.
.
.
.
Aku kena datang lagi hari ke 12, untuk apa?
untuk another scan, hewhewhew.
Day 12 (16-10-2020): Scan lagi keee???
Hasil scan menunjukkan aku dah pun boleh ke langkah seterusnya.
.
.
masa ni aku tak ingat size sbb prof tak tulis dekat kertas biru tu.
Yang aku ingat telur aku masa ni belah kiri ada yang respond iaitu 2 ketul.
Alhamdulillah, Allah Maha Mendengar.
.
.
.
Prof cakap memang ada dia nampak cuma hari tu size masih kecil.
Cuma tak pasti sebab eggs retrieval ada lagi 2 hari.
.
.
.
Tapi siapa tahu kan, kalau Allah nak bagi Dia bagi.
😊
kiri : 2
kanan : 9
.
.
.
Aku share part 3 di lain entry ya!
Till then,
salam!
putreexoxo
💋
Comments
Post a Comment