0018: CERITA IVF PERTAMA KAMI di HUKMSC! (Part I)

Assalamualaikum
dan
salam sejahtera my dear readers! ✋
lama rasanya tak update blog ni, tak update sebab tak ada benda nak update.

.
.
.

Ni dah ada benda nak update boleh la nak menulis balik.



Ok, seperti yang korang sedia maklum aku buat IUI dekat HKL dan dipendekkan cerita ketiga-tiga IUI tersebut tidak berjaya. So, next step adalah IVF. 
Nak dijadikan cerita tahun ni tahun tak berapa bertuah untuk semua penduduk di bumi 
maka secara automatiknya para para golongan seperti aku ni pun terkesan jua lah. 
So Last IUI yang aku dan husband buat adalah pada bulan Julai di HKL 
dan mengikut kata nurse, 
turn IVF ktorg secara jangkaan kasarnya adalah pada tahun 2022 nanti. 
Maka tak apa lah, ktorg pun redha sekurang-kurangnya nama ktorg dah ada dalam waiting list HKL. Syukur juga tu pun. :)
So, aku tak nak update pasal IUI ketiga sebab basicly sama je dengan IUI aku yang sebelum ni. 
Dose pun sama cuma beza timing dengan Doc je, hehe.
.
.
.
So........berbalik pada topik, 
hari ni aku nak update #IVFJOURNEY2020 aku dan husband, 
gitewww siap dengan hashtag. 
Tanpa berfikir panjang, aku dan husband decided untuk buat IVF 
di hospital swasta.
Hospital swasta yang terpilih tersebut adalah HUKMSC.
HUKMSC adalah Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia Specialist Centre.
Tingkat 7. Atas recommend sahabat baik aku, yang juga salah seorang
patient Dr tersebut aku pun buat appointment dengan Prof Dato' Dr Zainul, 
kalau korang search nama Prof mesti korang akan jumpa 
sebab Prof ketua bahagian O&G di HUKM.
.
.
.
Aku buat appointment melalui penggilan telefon je 
sebab kebetulan aku dah memang ada no fon PA Prof 
(thanks to bff aku la yg recommend tu)
so kerja jadi lebih pantas. So nurse mintak datang bila free.
.
.
.

First appointment: Consultation/Scan 





Aku ambil cuti hari tu dan ada la diterangkan serba sedikit mengenai procedure,
kos dan sebagainya. Masa ni dorang tak explain banyak tapi dah korang bayar mahal-mahal
tak kan la tak nak tanya kan.
So approx harga IVF termasuk Embryo Freeze dalam RM17k.
Aku n husband tanya macam-macam sebab kadang-kadang dorang tak explain sebab
mungkin dorang terlepas pandang n mungkin jua dorang ingat kita dah tahu.
Tapi disebabkan tahap curiosity ktorg berdua amatlah tinggi, maka ktorg tanya sampai tak ada dah soalan yang boleh ditanya, haha!
Yela duit kan, kita bukan la orang senang tambah-tambah nak dapat duit sebanyak tuu, hmm...
ok, habis. 




Masa ni hari ke 21 Prof cuma buat Scan sebab nak tengok condition rahim, ovari dsb.
Ada juga aku bawak beberapa dokumen lain untuk rujukan prof.
Hasil scan mendapati kilang telur aku yang sebelah kiri tak sebanyak kilang telur sebelah kanan.
Hal ini disebabkan oleh kesan laparascopy aku pada tahun 2015 dulu.
Prof kata bila laparoscopy memang akan bagi kesan pada kilang telur sebab tisu akan disedut sekali masa operation tersebut. Aku okay je sebab memang dah sedia maklum.
At least masih ada bukan tak ada langsung. :)
Prof kata aku akan terima dose sebanyak 300iu, masa aku dengar ni
nak terkeluar biji mata dengar sebab sepanjang sejarah aku TTC
paling tinggi dose yang aku pernah terima pun 100iu.
.
.
.
Kali ni 300iu?
.
.
.
mak aiii! 😱
.
.
.
terus aku imagine keadaan abdomen aku masa hari ke 10-11 
nanti.
Wallah! masa tu aku pandang muka prof tenang je,
aku nak tanya sekali lagi betul ke apa yang aku dengar tadi.
Tapi disebabkan muka prof yang sangat tenang tu terus aku cancel.
Aku cakap dalam hati, dia prof kot.
Dia tahu laaaa.

OK. Baiklah. 😐

.
.
.
.
.
Ok, itu sahaja setakat hari pertama di HUKMSC.
Prof pesan datang hari kedua period, dan kalau ditakdirkan jatuh weekend,
just datang bawak ice box dan terus ke farmasi. 


Total: Rm300++


Day 1 (5-10-2020): Ambil ubat



So ditakdirkan Allah SWT aku period hari ahad, terus petang tu aku ajak husband ke HUKMSC untuk ambil ubat ikut prescription yang Prof dan bagi.
Kena datang sebelum 5 ya kawan-kawan sebab dorang akan tutup lepas tu.
Ktorg sampai dekat 4.30 macam tu dan dapat la ubat seperti yang diminta.
8 pen kesemuanya.

Gonal f - 300 iu
Day 1 - Day 8

Ini akan ada tambahan lagi tapi ikut pada progress telur ya kawan-kawan.

Total: Rm3k++
.
.
.
.
.
Keesokkan harinya bermulalah episod main doctor-doctor dengan husband. haha.
Setiap jam 6.30 la aku terima suntikan tu. 
Semuanya berjalan lancar, 
alhamdulillah. 
.
.
.
.
Okay nanti aku update lagi untuk second part ya. 
Pinggang aku tengah sakit gila sekarang ni.
.
.
.

Till then,
salam!
putreexoxo

💋

Comments

Popular posts from this blog

024: Pengalaman IVF Kedua (HUKMSC - FROZEN EMBRYO)

0021: CERITA IVF PERTAMA KAMI di HUKMSC! (Part IV) - Our Embryo Transfer Day!