Posts

Showing posts with the label swab untuk rawatan kesuburan

0015: Pengalaman buat SWAB test di An-Nur, Bangi

Assalamualaikum semua! πŸ‘‹ . . . Entry kali ni aku nak cerita sambungan TTC aku, kali ni tak melibatkan langsung clomid ke ape ke. Tak ada kena mengena dengan ubat hormon kesuburan semua. . . . Minggu lepas (khamis 13/9/18) aku ke An-Nur, Bangi setelah mendapatkan referral letter daripada Klinik Qistina. . . . Kali ni bukan dengan Dr Wan Masliza,  kali ni dengan Dr Was Norizah sebab kebetulan hari tu Dr Wan Masliza cuti. So, tak kisah la kan janji perempuan. Lagipun elok juga kita minta second opinion. . . . Dipendekkan cerita, tujuan aku datang pada hari tu adalah sebab nak tanya berkaitan dengan sakit ketika berhubungan. Rasa tak selesa. Ya. jauh kan daripada tajuk TTC tapi sebenarnya ia mungkin  mempunyai kaitan dengan kesuburan. Dr pun pelik kenapa dekat 4 tahun aku kahwin baru hari ni aku ke hospital. Aku pantas jawab yang sebelum ni aku hanya fokus nak dapatkan anak je. Kali ni aku datang tujuan nak periksa ke...