0014: 6 cycles with 100 mg clomid - O&G An-nur (TTCian Fighter)
Assalamualaikum wbt . . . . Hi my dear readers! ✋ Lama tak update blog ni, bukan apa sis busy dengan pindah rumah dan kerja baru. Kebetulan masa view blog semalam ternampak komen sorang reader ni untuk sis sambung kisah TTC sis. Terima kasih atas sokongan semua, termasuk la silent readers. Kisah TTC aku yang pertama iaitu IUI di HKL pada tahun lepas hampir mencecah ke angka 3k readers. Tak sangka. Tujuan asalnya buat blog ni untuk suka-suka isi masa lapang. Dan sekarang aku menulis dengan gembira sebab sekurang-kurangnya dengan experience aku yang sikit ni dapat membantu serba sedikit dan menjadi semangat pada TTC-ians yang lain. Keep fighting future mommies! . . . Seperti yang semua sedia maklum, aku ada tulis dekat blog sebelum ni yang aku sambung TTC dengan An-Nur. Saja la aku sambung situ sebab lebih dekat dengan rumah berbanding HKL. Plus, baru start kerja balik jadinya susah la nak minta cuti nak ulang alik ke HKL. . ...