Posts

Showing posts from September, 2017

0008: IUI kedua di HKL - 2017 (Bahagian 2)

Assalamualaikum...haiiii semua ✋ . . . Ok, untuk hari ni meh nak sambung untuk bahagian kedua. . . . 3 bulan kemudian (cewahh dah macam drama) πŸ˜… . . . Aku kena hadir ke HKL infertility pada 26/7/17 bersama husband.  Lepas selesai pendaftaran, bayaran, kena tunggu giliran untuk diambil blood pressure,  berat dan akan ditanya sama ada kita ada sebarang masalah kesihatan tak pada hari kejadian.  Demam ke apa kena inform. Settled. Oh ya, untuk hari ni ktorg tak perlu ke bahagian infertility, terus sahaja ke O&G. aku dan husband tunggu diruang menunggu sementara nak tunggu nombor giliran tiba. macam biasa hospital mana yang tak ramai kan?hehe. seingat aku giliran aku sampai dalam 11 lebih, ok la tu. masa ni belum nervous lagi. aku pun dah dimaklumkan pada hari ni ktorg akan berjumpa dengan doctor untuk diberitahu result hormon yang dah diambil 3 bulan lepas. lepas tanya sikit-sikit. nervous aku pun baru sampai.  doc : ...

0007: Pengalaman IUI kedua di HKL - 2017 (Bahagian 1)

Assalamualaikum. Haiiii semua! ✋ . . . ok, seperti yang korang sedia maklum, aku dah cerita pengalaman iui aku yang pertama di KPJ Kajang pada Febuari 2016. Sebelum aku ambil keputusan untuk buat iui dulu,  aku dah cuba clomid 50mg untuk 2 cycle.  Clomid tu aku minta di klinik wanita di Bangi. Masa tu usia perkahwinan aku belum pun masuk setahun, cuma aku ada naluri yang aku macam ada problem since dah dua kali aku miscarriage. lepas aku disahkan ada cyst, doc berkali ingatkan aku yang cyst aku ni tak bersangkut pun dengan kenapa aku tak mengandung lagi lepas 2 kali gugur tu. Dah clear sume (tak ada problem) dengan test yang berkaitan dengan kesuburan baru Doc suggest untuk aku cuba IUI. 1. Blood test 2. Hsg test 3. Sperm test IUI pertama aku masa usia perkahwinan ktorg dah setahun 3 bulan.  Tapi gagal. hasil pembacaan aku sebelum aku buat IUI, hormon juga salah satu faktor penyumbang kepada masalah kesuburan. aku dah tanya banyak k...

0006: Pengalaman IUI di KPJ Kajang Specialist Hospital - 2016

Image
Haiiii semua! Assalamualaikum...✋ . . . Ok, macam biasa topik dia mesti pengalaman nak mengandung/hamil. hehe. lepas aku dah cyst aku dah clear. Dr Ras suggest or tanya, aku tak ingat sangat. masa itu aku ada follow up dengan dia untuk check keadaan ovari aku lepas buat laparoscopy bulan Oct 2015 hari tu. masa itu la aku pun ringan mulut cakap nak try IUI. kejadian tu berlaku pada Jan 2016. Setelah set appointment. aku baru bagitahu husband aku, kahkah! tapi aku rasa macam dah bincang sebelum tu lagi. dia pun setuju. aku ada cakap kan, yang masa buat laparoscopy Dr Ras ada suntik dye dalam tiub fillapio aku untuk check sama ada tiub aku ada tersumbat ke apa ke. alhamdulillah tak ada. ok, dah lepas satu step. HSG test nama dia. Darah aku dah diambil awal lagi masa nak sebelum buat laparoscopy untuk lihat sel darah aku ok atau tak, masa ni kalau ada cancer boleh la detect. tu pun aku ok. alhamdulillah. . . . IUI di Kajang S...

0005: Ada Cyst boleh ke TTC (Trying to conceive)? hmm?

Image
Assalamualaikum. haiii!✋ . . . Tajuk entry kali ni aku buat khas sebab satu masa dulu, sebaik sahaja aku disahkan ada cyst, aku sedaya upaya la google pasal benda ni. jumpa ke? entah. tak jelas. . . . aku cerita bahagian aku jela ye, sbb cyst ni ada banyak jenis. oleh kerana aku tak arif tentang cyst lain kecuali dermoid cyst (aku dah lalui 2 kali dengan 3 ketumbuhan), jadi aku rasa aku boleh la cerita serba sedikit. actually, kena kaji balik apa punca cyst ni. apa yang menyebabkan dia ada dalam ovari kita? soalan ni aku dah banyak kali tanya pakar aku, tapi jawapan dia, sel-sel ni dah memang terbina sejak aku ada dalam perut mama aku lagi. dalam erti kata lain, dalam proses kejadian janin hingganya terbina sel-sel yang menggerakkan pertumbuhan serta pembesaran anggota badan. dengar macam complicated kan? entah. senang cerita Allah nak bagi. kan. hahaa! niat asal aku nak TTC, nak cuba untuk mengandung. aku ni jenis suka google ta...

0004: Pengalaman sembuh cyst (kali kedua) tanpa pembedahan - 2017

Image
Haiii... πŸ‘ sambungan daripada entry sebelum ni. aku ada tempoh sebulan sebelum tarikh appointment yang berikutnya.  . . aku mula pantang makan. daging merah aku elakkan. ayam pun sama. fast food, air manis, air gas. aku elak makan. megi ke ape ke. tak. aku tak makan. aku banyak makan makanan bersup dan kurangkan makanan bergoreng. . . minggu berikutnya, mama aku kata kita cuba berubat kampung. hujung minggu tu ktorg pun bergerak la ke Perlis. berubat dengan sorang mak cik tu, ikhtiar kata orang. masa tu jumaat ada hari peristiwa. jadi khamis malam ktorg bergerak sampai Perlis dalam tengah malam. mak cik aku dah pesan siap-siap. yang akan pegi berubat tu ramai. dari segenap pelosok negeri datang. aku macam ok. tak expect la kata sampai-sampai dalam 1 tengah hari, orang dah siap tanda kehadiran dengan letak botol air panjang sampai ke luar rumah. Ya Rabbi. ramai! rawatan bermula jam 2.30 petang. aku sampai dalam 12...