0005: Ada Cyst boleh ke TTC (Trying to conceive)? hmm?
Assalamualaikum. haiii!✋
.
.
.
Tajuk entry kali ni aku buat khas sebab satu masa dulu,
sebaik sahaja aku disahkan ada cyst,
aku sedaya upaya la google pasal benda ni.
jumpa ke?
entah. tak jelas.
.
.
.
aku cerita bahagian aku jela ye, sbb cyst ni ada banyak jenis.
oleh kerana aku tak arif tentang cyst lain kecuali dermoid cyst (aku dah lalui 2 kali dengan 3 ketumbuhan),
jadi aku rasa aku boleh la cerita serba sedikit.
actually, kena kaji balik apa punca cyst ni.
apa yang menyebabkan dia ada dalam ovari kita?
soalan ni aku dah banyak kali tanya pakar aku,
tapi jawapan dia,
sel-sel ni dah memang terbina sejak aku ada dalam perut mama aku lagi.
dalam erti kata lain, dalam proses kejadian janin hingganya terbina sel-sel yang menggerakkan pertumbuhan serta pembesaran anggota badan.
dengar macam complicated kan?
entah.
senang cerita Allah nak bagi.
kan.
hahaa!
niat asal aku nak TTC, nak cuba untuk mengandung. aku ni jenis suka google tau. apa je aku google,
walaupun family aku rajin la pesan jangan google sangat,
jangan kaji sangat,
sampai doc aku pesan benda yang sama.
tapi bagi aku, aku google ni banyak benda aku tau.
banyak info aku dapat dan daripada info itu la aku dapat prepare segala macam untuk persediaan diri.
alhamdulillah tak ade la pressure ke apa,
dia lebih kepada persediaan nak mempersiapkan diri sendiri.
nak harap doctor cerita semua?
jangan mimpi la.
kadang-kadang dorang tak cerita sangat pun,
nak tunggu kita tanya,
kita pun tak tau nak mula.
tapi dekat google,
senang.
dan alhamdulillah, aku berterima kasih pada blogger-blogger 'senior' yang sudi berkongsi pengalaman yang aku kira sangat-sangat la membantu diri aku.
kadang-kadang perangai overthinking tambah di sogok pulak dengan cakap-cakap angin tentang bahaya cyst itu ini, buat jiwa lagi tak tenteram.
alih-alih bila google.
hmm tak ada la teruk mana sebenarnya.
hahaa.
.
.
.
beralih soal TTC pula, itu aku akan cerita dalam entry panjang lebar. oleh kerana aku ni sejenis gigih dan detail orangnya, aku kena susun ikut episod.
meskipun aku usia perkahwinan aku nak menginjak ke 3 tahun.
tapi banyak pengalaman aku dah lalui.
semuanya mematangkan aku.
.
.
.
beralih pada tajuk entry kali ni,
aku cuba mencari perkaitan antara cyst dan kehamilan.
berkali-kali pakar kata pada aku,
actually setiap kali jumpa la senang cerita,
dia akan cakap macam ni,
'everythings ok, you tak ada problem pun nak pregnant. and cyst ni tak ada kaitan pun dengan you nak mengandung.'
setiap kali tu la aku hanya mengangguk.
nak kata apa lagi kan?
haha!
.
.
.
dipendekkan cerita,
ada la sorang sahabat aku ni preggy 2 bulan,
kemudian gugur,
tiba-tiba dia dapat tau yang dia ada cyst,
dia call aku cakap.
mungkin dia kira cyst ni salah satu penyebab dia keguguran.
aku kata setahu aku tak ada kaitan.
tak sampai sebulan dia gugur, dia mengandung semula bersama cyst yang ada.
alhamdulillah.
dah dekat setahun dah anak dia sekarang.
"see? you got cyst pun you can pregnant ma"
π
Pokoknya, yang izinkan tetap yang diatas sana.
Apa yang jadi pada kita itu semua hanyalah alasan. Macam meninggal orang kata.
sakit tua, sakit, dll itu semua adalah punca, tapi hakikatnya memang itu adalah ajal kita. Nampak tak?
siapa kata yang ada problem je tak dapat anak, ramai yang tak ada problem pun Allah belum izinkan zuriat. Jadi, jangan bersedih.
.
.
.
macam aku, masa aku tau aku ada cyst.
dalam otak aku fikir, aku nak lalui semua ni dulu,
aku nak sihat tubuh badan dulu,
yang lain baru aku fikir kemudian.
aku faham perasaan korang sbb aku dah pernah lalui, tapi ingat semua benda tak akan jadi penting kalau benda yang paling penting korang tak jaga iaitu diri korang.
tak ada apa yang mustahil kalau Allah nak bagi dia tak kira apa dah.
dekatkan diri denganNya. Jangan putus asa.
aku dah share pengalaman aku macam mana cyst aku boleh kecut tanpa pembedahan kali kedua,
kalau korang ada masa, korang singgah la ya.
harap membantu.
.
.
.
Pengalaman TTC?
aku cerita next entry.
putreexoxoπ
Comments
Post a Comment