0006: Pengalaman IUI di KPJ Kajang Specialist Hospital - 2016

Haiiii semua! Assalamualaikum...βœ‹
.
.
.

Ok, macam biasa topik dia mesti pengalaman nak mengandung/hamil. hehe.
lepas aku dah cyst aku dah clear.
Dr Ras suggest or tanya, aku tak ingat sangat.
masa itu aku ada follow up dengan dia untuk check keadaan ovari aku lepas buat laparoscopy bulan Oct 2015 hari tu.
masa itu la aku pun ringan mulut cakap nak try IUI.
kejadian tu berlaku pada Jan 2016.
Setelah set appointment.
aku baru bagitahu husband aku, kahkah!
tapi aku rasa macam dah bincang sebelum tu lagi.
dia pun setuju.


aku ada cakap kan,
yang masa buat laparoscopy Dr Ras ada suntik dye dalam tiub fillapio aku untuk check sama ada tiub aku ada tersumbat ke apa ke.
alhamdulillah tak ada.
ok, dah lepas satu step.
HSG test nama dia.


Darah aku dah diambil awal lagi masa nak sebelum buat laparoscopy untuk lihat sel darah aku ok atau tak,
masa ni kalau ada cancer boleh la detect.
tu pun aku ok.
alhamdulillah.
.
.
.

IUI di Kajang Specialist Hospital
(Febuari 2016)

Hari ke-2 period

Doc bekalkan aku clomid 100mg untuk aku makan dari hari period kedua sampai la keenam.



ubat clomid
(tak boleh beli sendiri di luar, korang kena dapatkan arahan doctor dulu)


oleh kerana aku pernah mengandung.
Dr Ras assume yang suami aku ok.
tapi macam mana pun ujian air mani kena buat jugak sebab kata dia,
sekarang ramai yang susah mengandung bukan disebabkan perempuan tapi disebabkan lelaki.
masa aku dengar tu,
aku tak tahu la nak gelak ke apa tapi aku mintak jauh la dari segala masalah.
tapi tujuan ktorang buat IUI tu bukan nak tengok sapa sebenarnya yang bermasalah tapi nak usaha.
kalau ada masalah pun, pasti ada penyelesaiannya.
optimis gitewww.


aku on clomid ikut jadual yang aku buat sendiri.
katanya clomid ni kalau ambil lebih elok ambil pada waktu yang sama pada setiap hari.
aku pun buat macam tu.



Hari ke-10 selepas hari pertama period

Hari ni aku datang untuk tengok keadaan telur-telur aku.
masa ni Doc boleh agak bila telur akan matang.
masa ni jugak la Doc boleh tahu sama ada telur kita ni react tak dengan clomid.
aku nampak la telur-telur aku bukan main banyak lagi,
seronok je dorang ya.
tapi yang outstanding aku nampak cuma satu.
tapi doc kata itu pun dah cukup sbb dia hanya perlukan satu.
ada pengiraan size untuk tau telur tu matang atau tak,
cuma aku je yang tak berapa ingat.

Doc bagi aku ubat untuk pecahkan telur.
ubat ni kena letak dekat tempat sejuk.
aku tak ingat la nama ubat tu apa,
pihak KPJ bagi aku macam ketul ais dan pesan supaya bila balik terus letak ubat tu dalam peti sejuk.
jangan melebihi 45 minit.
jarak perjalanan dari KPJ Kajang ke rumah aku cuma 25 minit jadi sempat la.
aku kena cucuk ubat tu di sekitar pusat (bukan tengah-tengah) untuk pecahkan telur aku. 
tapi di KPJ dia bagi kita 
tak silap aku ubat tu kena cucuk tepat 9 pagi.
oleh kerana aku ni penakut,
aku pergi je klinik yang berhampiran dengan rumah aku dan minta Doc situ cucukkan.
senang. haha.
aku kena datang lagi pada hari ke-12 untuk buat IUI, masa ni wajib bawak husband.
tak ada dia tak jadi. πŸ˜ƒ



Hari ke-12 selepas hari pertama period 
aku diminta datang pada hari ke 12 untuk buat TVS lagi sekali,
nak tengok tindak balas clomid pada telur-telurku.

pada waktu yang sama suami aku diminta untuk mengeluarkan sperm beliau.
cara dia tak perlu la diterangkan di sini,
apa yang aku boleh kata, pihak KPJ Kajang tak sediakan bilik khas.
kesian husband aku kena keluarkan di tandas.
adoi.
bagus lagi HKL, dorang siap ada bilik khas beserta tandas. ada air cond pulak tu.
tak ada la katil, tapi ada kerusi kayu beralas tu.
kira selesa la kan daripada tandas KPJ tu.
hahahaha.
.
.
.
muka husband aku sikit punya risau sebab dia ni pun jenis overthinking jugak.
belum apa-apa muka dah pucat.
aku ingat lagi muka dia bila Dr Ras nak bagitahu result ujian sperm dia.
cuak-kebebah la.
bila Dr Ras kata sperm dia 19juta dan berada di tahap excellent,
wahhh kemain lega muka beliau waktu tu.
hahahahaha.
syukur. alhamdulillah.
sekurangnya-sekurangnya part tu dah dipermudahkan.
😁😁😁
.
.
.
oh ya, sebelum nak buat ujian sperm tu, korang kena puasa dengan suami 5 hari sebelum.
ianya bagi memastikan kualiti sperm tu bagus.
korang mesti dah tahu kan? πŸ˜‰
.
.
.

sperm pun diasingkan, dipilih dan ditapis untuk memastikan hanya sperm yang aktif sahaja akan dimasukkan ke dalam rahimku. haha.

cara dia?
korang kena baring sama macam nak scan tu,
doc akan masukkan muncung itik,

(macam buat pap smear)



macam ni dan akan kedengaran beberapa second bunyi macam orang tengah pulas skru,
'krekk3'
actually ni kali kedua aku dipakaikan muncung itik ni,
kali pertama dulu di Hospital Serdang,
Jan 2015 masa nak tengok keadaan rahim aku masa tu aku baru lepas gugur.
tak sakit pun, cuma tak selesa la sikit.
syaratnya korang kena relax. hehe.


proses tu aku ingat ada la dalam beberapa saat. hahaha.
sekejap gila.
tau-tau dah siap.
kachinggg!
lepas tu Dr Ras pesan untuk datang semula ke KPJ pada hari ke 21 untuk ambil darah.
tujuan dia nak check ada tak berlaku persenyawaan.
sebab ujian darah untuk check kehamilan ni lebih accurate dan boleh dibuat lebih awal.
lebih awal daripada ujian air kencing. cuma orang lebih suka buat UPT sbb strips dia boleh dibeli di mana-mana. senang. 
kalau nak kira ketepatan, ujian darah jauh lebih tepat. 
ok. sambung untuk hari ke 21.



Hari ke-21 selepas hari pertama period

aku ke KPJ sorang, nak pegi ambil darah je pun.
senang je aku ni kan, yela aku study. so timetable aku atur sendiri.
kalau orang bekerja susah la sikit.
dah ambil darah terus aku balik.
Nurse kata dia akan call aku paling lewat petang tu untu bagitahu keputusan ujian tu.
keputusannya?
hampa. 
πŸ˜…
aku kecewa la sikit memandangkan duit aku dah habis banyak kot! haha.
masuk ubat apa semua ada la dalam 1k aku habis untuk IUI tu.
tapi tak apalah, dah tak ada rezeki kan.


Doc cakap nak cuba lagi?
aku jawab tak apalah, aku cuba sendiri dulu.


korang jangan tanya kos dengan lebih detail,
sebab aku memang tak ingat.
cuma aku ingat,
total semua dekat 1k, itu sahaja.
ubat, lab, doctor, semua.
tapi tak termasuk duit minyak kereta aku la.
hahahahaa!


sekian. ada lagi tak lepas tu? of course la ada. sambung nanti ya! 😜
salam.



putreexoxoπŸ’‹











Comments

  1. sis nak tanya, untuk IUI ni sis takde ubat yang kena inject sendiri ke? selain dari yg sis minta pihak klinik tolong cucuk tu?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

024: Pengalaman IVF Kedua (HUKMSC - FROZEN EMBRYO)

0018: CERITA IVF PERTAMA KAMI di HUKMSC! (Part I)

0021: CERITA IVF PERTAMA KAMI di HUKMSC! (Part IV) - Our Embryo Transfer Day!