0004: Pengalaman sembuh cyst (kali kedua) tanpa pembedahan - 2017
Haiii... π
sambungan daripada entry sebelum ni.
aku ada tempoh sebulan sebelum tarikh appointment yang berikutnya.
.
.
aku mula pantang makan.
daging merah aku elakkan.
ayam pun sama.
fast food, air manis,
air gas.
aku elak makan.
megi ke ape ke.
tak.
aku tak makan.
aku banyak makan makanan bersup dan kurangkan makanan bergoreng.
.
.
minggu berikutnya,
mama aku kata kita cuba berubat kampung.
hujung minggu tu ktorg pun bergerak la ke Perlis.
berubat dengan sorang mak cik tu,
ikhtiar kata orang.
masa tu jumaat ada hari peristiwa.
jadi khamis malam ktorg bergerak sampai Perlis dalam tengah malam.
mak cik aku dah pesan siap-siap.
yang akan pegi berubat tu ramai.
dari segenap pelosok negeri datang.
aku macam ok. tak expect la kata sampai-sampai dalam 1 tengah hari,
orang dah siap tanda kehadiran dengan letak botol air panjang sampai ke luar rumah.
Ya Rabbi. ramai!
rawatan bermula jam 2.30 petang.
aku sampai dalam 12.30 macam tu.
adala sorang makcik tu tengah tunggu dekat depan rumah.
aku pun join.
borak la sikit-sikit.
macam biasa la aku cakap KL,
dia cakap utara.
dari situ la dia soal siasat dan dia tau la aku bukan orang sana.
kata dia memang tu perkara biasa.
ramai orang datang berubat situ.
timbul rasa kagum dalam diri aku.
lama jugak la nak sampai giliran aku.
apa yang aku bawak?
limau,
air,
kapur,
daun sireh,
buah pinang.
aku bawak 2 botol memandangkan aku duduk jauh.
kata orang lain berubat dengan dia kena pergi 3 hari berturut.
aku pergi 2 hari ke sebab kekangan waktu.
tiba giliran aku,
makcik tu tanya-tanya aku sakit apa semua.
aku pun cerita.
dia suruh aku baring.
dia mulakan dengan bacaan ayat-ayat alquran.
ini ikhtiar guna ayat alquran ya,
bukan yang pakai kemenyan tu ye.
π
sireh dan pinang dia suruh makan, walau sikit.
limau dia suruh bawak mandi.
air dia suruh minum.
itu sahaja.
sama jugak untuk hari kedua.
ahad aku dah bertolak balik KL.
SHAKLEE
balik ke KL, mama aku cakap dia belikan aku shaklee.
aku tak tahu la dia dapat idea dari mana untuk bagi aku cuba shaklee.
mungkin hasil perbincangan dengan kawan-kawan cikgu dia kot.
tapi dia ada cakap anak kawan dia pun sama macam aku, and dia pun makan shaklee.
oleh kerana aku dalam tempoh berusaha.
aku makan jela ditambah pula semua tu mama aku yang sponsor. Sayang Mama!
πππ
ini apa yang aku makan.
Disclaimer: Aku TAK JUAL Shaklee ya. Aku suggest lillahitaala, kerana Allah. Aku amal yang ini, walau pada awal aku sedikit skeptikal. Semua dengan izin Allah.

Disclaimer: Aku TAK JUAL Shaklee ya. Aku suggest lillahitaala, kerana Allah. Aku amal yang ini, walau pada awal aku sedikit skeptikal. Semua dengan izin Allah.

1. Vivix
2. GLA
3. Carotomax
4. Vit C
5. Vit E
Untuk vit c dan e tu, korang tak ambil yang shaklee punya pun tak apa.
oleh kerana aku nak senang, aku ambil je sekali.
banyak je brand dekat farmasi yang jual vit ni.
aku makan dengan sukatan tak sama macam orang biasa (yang tak ada masalah atau sakit apa-apa).
semua aku makan 2x sehari, kecuali carotomax dengan vivix.
vivix minum selepas breakfast.
aku makan semua tu, minum air penawar yang aku ambil dekat makcik Perlis, dan apa yang penting aku tak pernah putus doa.
sebab Allah suka bila kita minta dan bergantung pada Dia.
Tapi Allah juga suruh kita berusaha.
kan? In shaa Allah. π
.
.
.
Genap sebulan
.
.
.
KPJ Kajang Specialist
Keputusan hasil scan?
Cyst aku mengecut dari 5.99cm ke 2.99cm.
Allahuakhbar!
masa itu perkataan pertama aku ucap adalah alhamdulillah,
kerana semua yang berlaku adalah atas izinNya.
muka Dr Ras berubah macam tak percaya.
Yela baru sebulan lepas dia scan 5.99cm.
dia kata kecut 2cm.
Soalan dia,
'you makan apa?'
Aku balas,
'Macam-macam'
'Berubat kampung, ambil shaklee dan doa dekat Allah'
itu jawapan aku.
dia senyum.
kesudahannya dia kata,
cyst aku dah kecut dan kurang daripada size yang perlu dibedah.
Alhamdulillah.
Next appointment dia bagi 3 bulan.
.
.
.
aku masih terus makan shaklee dan ambil air penawar di Perlis buat kali kedua pada bulan yang berikutnya.
.
.
.
3 bulan kemudian.
.
.
.
August 21st 2017
Hasil scan?
Cyst aku hilang.
Hilang terus.
SYUKUR.
πππ
sebenarnya aku dah tau cyst aku hilang masa awal bulan Ogos lagi, sebab aku tengah buat rawatan infertility di HKL.
aku ada cerita yang aku pernah buang cyst melalui laparoscopy, dan ada buat kali kedua.
Doc HKL scan dan dia kata tak ada.
aku malas nak explain panjang.
aku just cakap oh ye ke?
haha!
dalam hati Alhamdulillah.
aku tak minta detail sbb tujuan aku ke HKL bukan nak scan cyst.
sebab aku tahu tarikh sebenar aku kena scan di KPJ dah tak lama. selang 2 minggu je lagi.
dan nampaknya result adalah sama.
Cyst aku dah hilang.
tapi aku masih berjaya.
masih setia dengan shaklee dan doa.
lepas ni aku decide untuk buat check up every six month.
just to make sure cyst aku tak ada.
at least kalau tahu lebih awal senang.
bukan apa, aku masa pertama kali kena dulu pun Doc kata chances nak datang balik tu ada cuma rendah sangat-sangat.
sebab aku punya cyst adalah dermoid, kalau endo memang boleh terjadi dengan kerap.
itu apa yang aku tahu dan apa yang diterangkan oleh Doc la. macam aku bila dengar kata susah nak datang balik, aku tak la terfikir dalam setahun dia jadi balik. haha!
so, jangan la jadi macam aku.
melabur la sikit untuk kesihatan diri sendiri. hihi!
Berjaga-jaga dari awal tak rugi apa-apa kan.
Apa-apa semua yang berlaku atas kehendakNya. Kita hanya mampu berusaha.
Orang kata, sediakan payung sebelum hujan. kan.
π
Oh ya TTC macam mana?
Hmm..aku bukak entry lain ya.
Untuk cyst, setakat sini saja.
Harap-harap ia pergi tak kembali lagi. In shaa Allah.
Harap-harap ia pergi tak kembali lagi. In shaa Allah.
kalau korang ada apa-apa nak tanya. korang boleh la tanya dibawah.
kalau aku perasan, aku jawab ya?
till then!
Salam.
putreexoxoπ
Comments
Post a Comment