0014: 6 cycles with 100 mg clomid - O&G An-nur (TTCian Fighter)

Assalamualaikum wbt
.
.
.
.
Hi my dear readers! ✋
Lama tak update blog ni, bukan apa sis busy dengan pindah rumah 
dan kerja baru. Kebetulan masa view blog semalam 
ternampak komen sorang reader ni untuk sis sambung kisah TTC sis.
Terima kasih atas sokongan semua, termasuk la silent readers.
Kisah TTC aku yang pertama iaitu IUI di HKL pada tahun lepas
hampir mencecah ke angka 3k readers.
Tak sangka.
Tujuan asalnya buat blog ni untuk suka-suka isi masa lapang.
Dan sekarang aku menulis dengan gembira sebab sekurang-kurangnya dengan
experience aku yang sikit ni dapat membantu
 serba sedikit dan menjadi semangat pada TTC-ians yang lain.
Keep fighting future mommies!
.
.
.
Seperti yang semua sedia maklum,
aku ada tulis dekat blog sebelum ni yang aku sambung
TTC dengan An-Nur. Saja la aku sambung situ sebab lebih dekat
dengan rumah berbanding HKL.
Plus, baru start kerja balik jadinya susah la nak minta cuti nak
ulang alik ke HKL.
.
.
.
Kisahnya,
Aku start TTC balik tahun ni lepas beberapa bulan berusaha untuk conceive naturally.
Last IUI HKL tahun lepas, dan untuk tahun 2018 ni
aku try TTC balik awal bulan 3.
Seperti yang dicadangkan oleh Gynea Putrajaya (lupa la nama apa),
dia kata kenapa tak try clomid je instead of jumping to IUI or IVF since 
you had 2 pregnancy before. 
aku pun aah, betul jugak kan.
so,
so,
so,
.
.
.
.
Kisahnya,
keenam-enam cycles aku tu tak berjaya.
Yang berjaya adalah penghasilan telur aku
 yang kembang subur harum mekar mewangi
yang sentiasa lebih daripada satu untuk setiap cycle.
cuma last cycle tu (keenam),
aku cuma dapat satu je. 
.
.
.
.
Ya, setelah keenam-enam cycles aku tak berjaya,
aku pun rehat dalam 2 cycles untuk bertafakur sejenak.
Yang gynea aku pun dah tak tahu nak kata apa lagi.
dia kata kalau patients dia yang lain pun, kalau dapat telur mcm aku dapat tu
biasanya lekat la.
Tapi siapalah kita, hanya mampu merancang Dia jugalah 
yang menentukan semua.
Kun Fa Ya Kun.
.
.
.

2018
Clomid 100 mg
(6 cycles)

Aku on clomid bermula daripada:

3 Mac - PMS 3 hari, cycle 29 
31 Mac - PMS 4 hari, cycle 25
24 April - PMS 6 hari, cycle 29
23 May - PMS 5 hari, cycle 26
18 Jun - PMS 4 hari, cycle 26
16 Julai - PMS 3 hari, cycle 28
↓↓

Failed 😅

.
.
.
.
Setelah berakhir dengan kegagalan 6 cycles,
gynea aku pun bagi la kata-kata perangsang dekat aku,
aku pun dah biasa jadinya aku relax saja lah.
 Sambil senyum aku balas,
sy tak pernah putus asa doc,
 sy percaya pada rezeki.
Belum rezeki sy, In Shaa Allah nanti akan ada rezeki untuk saya.
Senyum Dr Wan dengan jawapan aku,
 dia pun angguk tanda setuju.
Balasnya, sy puji sikap awak yang sentiasa tak putus asa.
In shaa Allah Dr doakan.
Jujur aku cakap, aku tak pulak kecewa
sebab dari awal aku dah cakap dekat diri dan husband
kita hanya berusaha, apa-apa terserah dekat Allah.
Suami aku pun sama, postif je orangnya.
makanya, tahun ni rasanya itu saja lah percubaan aku
dengan clomid.
Clomid ni tak boleh makan berterusan, boleh nipis dinding rahim.
So, whats next?
.
.
.
.
kita sambung next entry k? 😊
.
.
.
.

Till next,
salam!
.
.
.







putreexoxo 💋

Comments

Popular posts from this blog

024: Pengalaman IVF Kedua (HUKMSC - FROZEN EMBRYO)

0018: CERITA IVF PERTAMA KAMI di HUKMSC! (Part I)

0021: CERITA IVF PERTAMA KAMI di HUKMSC! (Part IV) - Our Embryo Transfer Day!