025: Keputusan IVF Kedua! (HUKMSC)
Assalamualaikum semua!
Hai semua 👋
.
.
.
MasyaAllah lama sungguh eden tak update blog!
Sedar tak sedar dekat setahun tak update.
Ok meh la nak update sementara tengah cuti kan.
.
.
.
Ok, aku nak cerita sebab cerita kali ni agak lain sikit.
Pengalaman berbeza dengan IVF pertama.
Kali ni lebih smooth.
Lepas je FET tu, proses pembuangan air kencing pertama adalah sedikit pedih.
Pedih tu aku teringat sampai ke hari ni.ðŸ¤
Kali ni aku lebih berhati-hati.
Aku cuba untuk tidak terlalu fokus sangat.
Aku buat kerja macam biasa cuma tak terlalu lasak.
.
.
.
Mac 2021
Elok je sampai masa untuk aku buat UPT aku tengok tak ada langsung garisan.
Aku relax je. Kecewa sikit tapi still under control.
So aku macam ok la tak apa nanti kita test lagi.
Selagi tak period still ada chance.
Ada possibility HCG belum betul-betul tinggi.
Nak sedapkan hati punya pasal.
Hehe.
.
.
.
Selang dua hari aku buat lagi.
Masih sama.
Maka aku redha.
Pastu aku masuk kerja macam biasa.
Aku aktif balik.
Dalam otak aku memang aku ingat aku tak pregnant.
Aku jenis naik tangga turun tangga suka lari-lari.
Member aku tegur jugak la cara aku tu.
Tapi sebab aku confident aku tak pregnant, buat apa aku nak manjakan sangat diri.
Memang aku jenis macam ni.
.
.
.
Hari berganti hari.
Eh kenapa tak period-period ni.🤔
Aku macam, mungkin lari sikit la kot.
Kebetulan last IVF kan aku jadi macam tu.
Period lambat.
Benda ni pun kesan dari IVF jugak.
.
.
.
Sehinggalah tiba hari perjumpaan ibu bapa.
Aku rasa sakit luar biasa.🤒
Sempat aku mengadu dekat rakan sekerja.
“Lama tak rasa sakit senggugut macam ni”
Dia pun angguk-angguk minta aku duduk.
Aku dah memang stand by pakai pad sebab aku dah rasa nak period.
Masuk tengah hari sakit tu makin kuat.
Aku guru kelas, jadi memang tak dapat nak rehat sangat.
Aku gagahkan diri jugak layan parents datang.
Petang tu pinggang aku rasa nak tercabut.
Aku mengadu lagi.
Pergi tandas nampak spotting.
Oh period. “Mungkin lepas IVF hormon tingtong”,
Bisik dalam hati.
.
.
.
Petang tu masih spotting.
.
.
.
Maghrib aku pergi tandas nak mandi.
Alangkah terkejutnya aku,
Ada ‘sesuatu’ atas pad aku. 🥲
Ya Allah!
Ya Allah!
Ya Allah!
Aku jerit panggil husband.
Aku tergetar.
Tak tahu macam mana nak bagitahu.
.
.
.
Memori gugur kali pertama tiba-tiba terlintas di kepala.
Aku terdiam tak terkata.
Masa tu aku tak tahu nak bagi reaksi apa.
Macam-macam dalam kepala.
Macam mana? Bila? Kenapa?
Aku check UPT berkali-kali semuanya negative!
Aku terduduk seketika,
Mengenangkan semua ni.
Aku menangis salahkan diri.
Aku stop semua ubat lepas aku check UPT pertama tu.
Aku give up awal sangat!😞
.
.
.
Husband aku tetap tak salahkan aku.
Katanya semua ni Allah dah tentukan.
.
.
.
Aku ambil gambar.
Aku nakkan kepastian.
Aku hantar pada nurse prof.
Dia pun sahkan apa yang ada dalam kepala kami.
.
.
.
Aku redha.
Aku lihat benda ni dari sudut positif.
Ni kali kedua setelah beberapa tahun.
Aku boleh hamil.😊
Alhamdulillah!
Aku kuatkan semangat aku.
Aku peluk husband aku kuat-kuat.
Aku harap kekuatan dia dapat dipindahkan pada diri aku pada waktu tu.
.
.
.
Selesai part tu.
.
.
.
Selang beberapa hari. Aku buat appointmen dengan Dr Wan Masliza di ANNUR Bangi.
Aku tunjukkan pada beliau gambar yang sama.
Dia sahkan benda yang sama.
Aku scan untuk sahkan uterus aku clear.
Alhamdulillah.
Semua sudah kembali normal.
.
.
.
Sedih aku tak lama.
Sebab apa?
.
.
.
Sebab selang 2 bulan kemudian ktorang telah terima berita gembira. ♥️
.
.
.
Nanti aku share ya?
.
.
.
Till then,
💋
Putree
tak sabar tgu latest update. semoga yg baik2 sahaja buat awak n family.
ReplyDeleteTak sabar nak tunggu update puan. Sy pun plan nk buat ivf lepas raya ni. Allahu…. Semoga saya kuat.
ReplyDeleteSemoga segala kesabaran, usaha& penantian membuahkan hasil..update lah story, supaya insan2 ttc sprt sy tidak putus asa..🤗
ReplyDeleteSalam puan, dah lama tak update bolog..masih tertunggu sambungan entry dari puan..harap puan sihat sejahtera hendaknya bersama family tercinta..
ReplyDelete