024: Pengalaman IVF Kedua (HUKMSC - FROZEN EMBRYO)

                                                                     Assalamualaikum semua. 👋

.
.
.

Apa khabar? 
.
.
.
Macam yang aku tulis dekat entry sebelum ni,
Aku sekarang sedang menjalani IVF buat kali kedua.
Cuma beza kali ni tak renyah IVF pertama.
Pertama dulu aku buat Fresh Transfer tapi kali ni Frozen Transfer.


Sebulan sebelum buat FET ni,
Prof minta aku datang scan untuk nak check uterus lining aku.
Sama ada memerlukan ubatan atau tak.
Turn out ketebalan waktu aku scan tu,
pada Jan 2021, 
hari ke 12 kalau tak silap 
ada dalam 7 ke 8mm masa tu.
Aku punya period memang sikit sejak laparascopy dulu.
Datang pun 3 hari, lepas tu dia datang secalit dua je.
Kalau nak compare zaman anak dara dulu, min 6 hari dengan normal flow.
Hehehe...
.
.
.
So, prof bagi prescription untuk ubatan.




kebetulan masa tu salah satu ubat tu habis, jadinya kena beli di luar.
Ubat ni kena mula makan pada hari kedua sehingga tarikh scan. 
Sampai doc puas hati dengan ketebalan rahim baru kita berhenti.
.
.
.
So, hari ke 10 & 12 aku datang scan lagi.
kalau kena tarikh tu on weekend,
korang kena pergi dekat bahagian reproduktif bawah ya.




Yang scan aku hari tu bukan prof, 
tapi doc lain yang bertugas hari tu.
masa ni ketebalan aku dah 11mm lebih dah.
So, lepas dia discuss dengan prof 
maka aku diberi tarikh Isnin depan untuk datang scan lagi
untuk kali akhir sebelum FET.
.
.
.
FET DAY
.
.
.
Macam biasa, sebelum mula Fet kita kena berbaring dahulu sementara tunggu kehadiran prof.
Nama dipanggil dan aku pun masuk la bilik bawah tu.
Dipendek kan cerita, sepatutnya aku ada 2 embryos yang akan di transfer kejap lagi.
Prof panggil husband masuk untuk diterangkan mengenai keadaan embryo ktorang.
Dari jauh aku dengar suara embrologist cakap sesuatu yang aku boleh faham 
walaupun aku tak belajar bidang tu, 
tapi hasil research aku membuatkan aku faham yang keadaan embryo aku tak begitu baik.
So aku masa tu macam, hmmmmmmm...
sedih tapi aku cover dengan rasa bersyukur sekurang-kurangnya
ada lagi satu yang grednya 2.
Prof explain pasal keadaan embryo ktorg yg dah nampak coklat-coklat
tanda sel tu dah tak sihat.
.
.
.
Masa nak transfer tu,
tiba-tiba prof cakap saya transfer satu sahaja ya 
sebab saya tak nak yang lagi satu (gred 3) tu 
akan ganggu yang elok tu.
Untuk pengetahuan semua, first IVF aku dulu
gred embryonya lebih baik.
Dah tahap blastocyst.
Macam ni cuma compact.
Aku bersangka baik dan tak putus asa.
Prof kata kalau 1 sel sekalipun boleh juga jadi baby.
Aku pegang kata-kata prof.
Husnuzon, 
tu je yang mampu aku buat untuk masa tu.
.
.
.
Habis proses, 
macam biasa ada sesi doa 😢
Tiap-tiap kali doa mesti aku sebak,
tak tahu la kenapa.
Setelah selesai, aku ditolak ke bilik menunggu/rehat.
Ada la dalam lebih kurang 20 minit aku berbaring.
.
.
.
Selesai sahaja, aku pun keluar dan diberikan ubat sama macam tahun lepas.
.
.
.
So bermulalah sesi berjaga-jaga selama 2 minggu.
Macam biasa, parents aku la yang jaga.
hehehehehe.
Ya Allah, kalau tak ada dorang terkial-kial ktorang suami isteri.
.
.
.
Sambung lagi nanti!





Putree 💋




Comments

  1. Assalamualaikum Putree. Salam Ramadhan. Di HUKMSC memang kena tunggu sebulan lepas transfer baru boleh tau result ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam... Salam Ramadan juga puan. Betul, memang akan diberi tarikh untuk datang scan selepas sebulan FET puan. :)

      Delete
  2. Assalamualaikum.. berapa kos untuk buat ivf? Saya pn nak buat ivf hujung tahun ni... Google pnya google sampai ke sini 🙂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam puan... Terima kasih sudi singgah ke Blog sy. Kos IVF di HUKMSC untuk fresh embryo transfer, all in lebih kurang dalam 17k termasuk frozen embryos. Kalau IVF kedua ini, frozen embryo transfer baru-baru ni dekat 4k puan. Harap membantu. :)

      Delete
  3. Assalamualaikum,semoga puan dikurniakan zuriat.boleh tahu outcome FET puan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Aminn Ya Rabb. Terima kasih puan. Untuk menjawab soalan puan, FET ni berjaya tapi rezeki kami untuk bersama tu tak lama. :)

      Delete
    2. Takziah puan.insyaAllah sy doakan puan semoga ada rezeki suatu hari nanti.mohon doakan sy juga.sy buat ivf sekli tapi tak berjaya tiada telur dibekukan pun macam puan.semoga kita sama2 dapat rezeki suatu hari nanti.amin

      Delete
  4. salam puan, kalau buat ivf di hukmsc ada waiting list ke?atau boleh terus buat?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

0018: CERITA IVF PERTAMA KAMI di HUKMSC! (Part I)

0021: CERITA IVF PERTAMA KAMI di HUKMSC! (Part IV) - Our Embryo Transfer Day!