0022: PENGALAMAN SEBULAN SELEPAS EMBRYO TRANSFER (Part V - LAST)

 Assalamualaikum wbt...😊
.
.
.
Hari ni tarikh aku menulis adalah 5/2/2021.
Aku nk bukak blog tentang perasaan aku selepas transfer tu.
tak pasti kalau pengalaman aku ni lain drp orang lain.
rasa macam ya.
Terima kasih juga pada sis yg request nak sambungan cerita ni. 💕
Kebetulan masa buka blog nmpk ada komen,
2-3 hari baru la rasa nak menulis. 
Sebenarnya ia secara tak langsung buatkan kita lebih bersemangat nak menulis 
sbb kita tahu ada yg sudi membaca dan mengikuti. 
Alhamdulillah.
Terima kasih banyak ya. 😘
.
.
.
Ok sambung.
Selepas selesai transfer,
setiap hari aku perhati je apa yg berlaku pada tubuh aku ni.
Kiranya setiap hari jugaklah aku bertemankan Youtube, heeeee.
Tak tahu la dia rasa macam kena je tengok.
Mungkin sbb ni pertama kali.
Mungkin.
Just to make sure apa yg aku rasa ni lebih kurang 
sama dengan patient yang lain (self motivation) hahaa.

Minggu berganti minggu, 
Aku ingat lagi masa tu tengah viral pasal artis Elizad pun buat IVF jugak.
.
.
.
Dia dengan aku selang dalam 3 hari macam tu.
Masa aku baca berita pasal dia keguguran tu aku macam tak boleh nak faham sangat,
Sebab kalau ikut pengiraan masa tu aku baru habis 2 minggu, 
dia lewat beberapa hari daripada aku.
Aku fikir mungkin dia buat blood test, sebab tu dia yakin yang dia keguguran.
.
.
.
Untuk pengetahuan korg, HUKMSC akan buat scan lepas sebulan daripada tarikh transfer. 
Dorg tak buat pun blood test ke apa ke, apa2 tunggu sebulan.
Bayangkan la betapa tingginya kesabaran yg diminta , hewhew. 😅
Macam biasa dorg tak galakkan patient buat test sendiri.
Aku ni kira jenis bersabar jugaklah sebab after 2 weeks baru la aku gatal tangan pegi buat test.
Aku beli clear blue sebab masa tu macam dah lepas 2 minggu. 
Aku nak beli tu punya la nervous, tapi sekali masa nk buat test tu
aku relax je.
Sebab aku dah lama mengamalkan konsep tawakkal.
Celup air kencing yg pertama, nahhh negatif.
aku pun okay.
Kembali ke normal routine.
.
.
.
Aku bagitahu husband tp dia kata kan awal lagi.
Pada dia mungkin awal lagi, tapi kalau menurut pembacaan aku
kalau lepas 2 minggu tu kira elok la nak buat test.
Aku masa tu dah pasrah.
Lepas je aku buat test, selang sehari dua aku dapat spotting.
Ahaaa! 😍
Adakah ini petanda!
Aku pun macam seronok sorg2, sebab aku tau spotting ni salah satu tanda early pregnancy.
Hari berganti hari, spotting masih ada cuma sikit.
Hasil pembacaan aku juga,
kalau pregnancy spotting ni dia memang akan secalit dua je,
dan tempoh dia pendek.
Aku punya pun sikit cuma bezanya lama.
Aku buat lagi sekali test dan mmg negatif.
Aku masih lagi pergi HUKMSC setiap petang jumaat untuk cucuk.
Ubat ni tak silap untuk kuatkan otot.
Silap cucuk boleh mental. 😆
.
.
.


Nak cite la sikit pengamalan aku dgn intramuscular injection tu, 😔
Lepas je transfer nurse HUKMSC cucukkan di bahagian pinggul kanan.
Katanya kena bergilir setiap minggu.
Total semua 4 untuk cukupkan sebulan.
Lepas tu minggu berikutnya boleh bawak ubat tu untuk minta klinik lain cucuk.
Minggu berikutnya aku ke Klinik Siti Puncak Jalil.
Aku bawak ubat kedua tu bertemankan mama.
Tu paling dekat dan Doc pun semua wanita.

Aku pun bagitahu kisah IVF aku dan aku perasan doc tu google 
katanya sebab nak pastikan betul cara cucuk.
Malang tak berbau, dia cucuk betul2 dekat tempat bonggol pinggul tu.
Sakitnya sampai aku menangis. 
Demi Allah aku memang menangis,
masa kena cucuk tu badan aku respond dgn cara menolak ke dpn sebab mmg terlalu sakit.
Aku dengar doc tu kata:

'..eh.. ehh'

Rasanya dia pun terkejut dengan reaksi spontan aku. 😔
Kalau nak kata aku takut jarum,
sepanjang aku TTC ni berpuluh dah jarum masuk dalam badan aku ni
semuanya aku hadap dengan baik.

Tapi tidak kali ni, aku menangis keluar drp bilik doc tu sebab terlampau sakit.
Mama aku drive balik sambil aku terpaksa duduk mengiring dalam seat kereta.
Aku pelik, sebab last week aku dah terima injection yg sama dan tak rasa apa langsung.
Maka tu la kali terakhir aku pergi cucuk di sana.
Demi Allah aku trauma.
Sampaikan aku sanggup ke HUKMSC every friday 
untuk pastikan nurse yg sama cucuk aku.
Aku ingat lagi, aku balik daripada cucuk Klinik Siti tu aku call 
nak tanya nama Doc tu sbb geram dgn doc tu sebab dia cucuk di tempat yg salah. 
Aku balik buat research, tempat cucuk tu adalah antara pinggang dan pinggul. 
Bukan di tengah timbulan pinggul tu, Subhanallah tak boleh lupa betul. Sakit. 😓

Boleh tekan link di atas untuk tahu cara injection yg betul. ☝



(sumber: google)

Hari tu aku tak dapat solat dengan baik, terpaksa duduk atas kerusi sebab
aku akan ada masalah bila nak duduk tahiyat.
Hmm.

Selain daipada sakit, aku jugak dapat kesan lebam.
Aku ambil gambar dan hantar pada nurse HUKMSC,
lebam tu ada hampir seminggu.
Minggu berikutnya bila aku ke HUKMSC untuk dapatkan injection ketiga,
lebam masih ada cuma dah semakin pudar.
Haihh, pengalaman betul.
.
.
.
Ok, sambung pasal kisah utama.
Brownish spotting aku berlarutan berminggu lamanya.
Masa ni aku macam tak yakin yg IVF ni berjaya,
tapi dalam masa yg sama aku dan husband masih berharap.
Selagi tak sampai period atau red blood tu aku masih rasa ada peluang.
.
.
.
Masa ni aku tak sakit apa pun, 
rasa biasa je.
Spotting aku tu tak payah pakai pad pun.
Aku masih ke HUKMSC untuk dapatkan injection yg terakhir,
maknanya aku berjaya habiskan sebulan selepas transfer. Yeayy! 
.
.
.
Beberapa hari sebelum aku buat scan sebulan dgn Prof,
aku mula rasa spotting aku drp brownish bertukar menjadi fresh blood tp dalam setitik dua.
Malam sebelum aku HUKMSC tu, aku pun bermusyawarah dengan husband.
Persediaan untuk hari scan sebulan.
Macam2 boleh jadi, 
jadi sebelum apa2 baik kita lengkapkan fizikal dan mental 
untu hari esok.
Hasilnya, kami set dalam kepala yg apa pun keputusannya kami terima
sebab Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik kepada hambaNya.
.
.
.
Hari Scan (sebulan lepas embryo transfer)

Sebelum scan Prof tanya a few questions, 
aku bagitahu aku ada spotting n dia kata benda tu paling 
dia tak suka nak dengar.
Dan aku nampak la riak muka Prof macam bagi petanda yg IVF ktorg tu gagal.
Aku pun okay je.
Tanya punya tanya tentang kegagalan IVF rupanya macam2.
Nanti kalau aku rajin aku tulis ya.
Tapi rasanya korg boleh google, banyak dah orang tulis pasal ni.
Akhirnya Prof minta aku baring utk scan.
Masa ni aku masih 50-50 sebab tak nampak dengan mata sendiri lagi kan
apa yg ada dalam rahim aku ni.
.
.
.
Turn out rahim aku masih tebal namun kosong.
😊
Maknanya IVF ktorg memang betul failed.
Tak apalah.
Dapat rezeki, tak dapat pun rezeki.
Apa-apa pun bersyukur ktorg diberi rezeki dan pengalaman utk rasa
buat IVF.
Ramai lagi yg nak buat IVF dan belum ada rezeki utk buat.
Alhamdulillah kami terima dengan berlapang dada.
Nak dijadikan cerita,
balik tu aku singgah makan di Marry Brown berhadapan je
dengan HUKM.
Aku rasa mcm period pain.
Sakit tp tak la terlalu sakit.
Eh2 macam tau2 je kan.
.
.
.
check2 masih spotting cuma fresh blood.
Bulan tu period aku datang lebih sikit drp bulan biasa.
Lebih sikit jela tp tak la melimpah2.
Dan best partnya tak sakit.
Aku ada baca, setengah orang rasa sakit.
Rezeki aku.
.
.
.
Ok tutup buku IVF Pertama!
.
.
.
Next story,
IVF Kedua!
.
.
.
Salam,
Putree 
💋

Comments

Popular posts from this blog

024: Pengalaman IVF Kedua (HUKMSC - FROZEN EMBRYO)

0018: CERITA IVF PERTAMA KAMI di HUKMSC! (Part I)

0021: CERITA IVF PERTAMA KAMI di HUKMSC! (Part IV) - Our Embryo Transfer Day!