0021: CERITA IVF PERTAMA KAMI di HUKMSC! (Part IV) - Our Embryo Transfer Day!
Assalamualaikum semua. π
.
.
.
.
Apa khabar?
Musim-musim pandemik ni sila jaga diri ya.
Tak ada keperluan untuk keluar sila jangan keluar ya.
.
.
.
.
1, 2 hari berlalu.
Tiada panggilan daripada pihak HUKM.
Eggs retrieval aku adalah pada hari ahad, ni dah hari rabu.
Prof kata embryologist akan call untuk update bila tarikh ET (embryo transfer).
.
.
.
Aku mula tak senang duduk. Aku ingat lagi, aku kerap whatsapp husband aku
untuk hubungi MAC HUKM. Yela aku nak tahu juga sama ada aku kena buat day 3 ke day 5 transfer.
Petang tu aku terima whatsapp daripada PA Prof.
Masa ni aku belum dapat confirmation lagi.
Tapi masa terima whatsapp ni aku memang betul-betul happy,
sebab dah nampak bunga-bunga yang embryo ktorg berada dalam keadaan baik,
Inshaa Allah.
Pada yang wondering apa beza day 3 dan day 5 transfer,
korang boleh refer pada video di bawah ni ya:
.
.
.
.
.
.
Jadi, memang ada perbezaan yang ketara pada dua hari ni.
Secara amnya, embryo membentuk beberapa sel setiap hari.
Jadi penting untuk dipantau keadaannya pada setiap hari.
Mungkin ada yang bertanya kenapa tak semua embryo dibiarkan je selama 5 hari?
Jawapannya tak semua embryo mampu bertahan dan mempunyai kualiti yang baik.
Kualiti adalah bergantung pada keadaan telur dan sperm husband kita ya.
Rezeki masing-masing.
Setakat ni, hasil research aku yang tak seberapa ni,
paling lama embryo disenyawakan sebelum EF adalah selama 6 hari.
Embryo ni pun ada makanan dia untuk bertahan.
Bak kata Prof, habis makanan tu habis la dia.
.
.
.
Ok, lepas aku terima WhatsApp tu,
aku buat tenang sampai ke hari rabu tu.
Husband aku call embryologist untuk bertanya mengenai keadaan embryo kami.
.
.
.
Alhamdulillah,
daripada 11 yang di ambil, 3 cysts, 2 tak matang,
dan 6 berjaya disenyawakan.
Masa ni aku dah cukup happy sangat dah.
Tapi tak boleh lebih-lebih sebab baru rabu kan.
Ada lagi 2 hari.
Dalam masa 2 hari tu macam-macam boleh jadi kan.
Tawakkal la, kita dah usaha.
π
.
.
.
Kebetulan ET jatuh hari Jumaat yang barakah.
Seronoknya.
Jumaat pula tu.
Doa banyak2, buat la solat sunat apa yang patut kan.
Kita nak kena la sungguh-sungguh.
Dapat tak dapat belakang kira, buat sampai puas hati sekurang-kurangnya kita usaha.
Jangan lupa doa supaya kita terima Qada' QadarNya dengan hati yang terbuka.
π
.
.
.
Malam tu aku terima whatsapp daripada PA Prof,
dalam hati aku kata bagusnya la nurse ni.
Malam pun kerja lagi.
Tapi memang, dorang sangat-sangat la baik tau.
Weekend aku WhatsApp pun dia reply. π
so, ni butiran WhatsApp tu.
Diterangkan siap-siap mengenai procedure esok.
Jadi kita ni tak la tertanya-tanya nak kena buat apa kan.
Malam Jumaat tu aku kena makan sebiji ubat nama Ventolin,
pagi esoknya jam 8 pun sama.
Ok, settled.
.
.
.
.
Pagi tu lepas subuh, lepas breakfast tu ktorg gerak terus ke HUKMSC.
Husband aku cari parking aku naik ke atas settle kan deposit Rm3k.
Aku terus ke MAC, masa tu jam 8 lebih.
Ramai couple, aku ingat ni mesti campur dengan couple daripada HUKM (government),
sebab tu ramai.
Kalau pegi tingkat 7 HUKMSC ruangan dia lebih kondusif.
Bila ditanya memang dorang campur sebab bilik procedure dorang guna yang bahagian bawah.
.
.
.
Aku masuk cari seat kosong.
Aku prasan couple yang duduk depan aku tu couple yang sama
buat Eggs Retrieval pada Ahad lepas.
Allahu seronoknya, kami sama-sama capai day 5.
Alhamdulilah.
Day 5 ni kita panggil Blastocyst.
Memang nama dia macam tu, jangan tanya kenapa ya, hehe.
Aku nampak akak tu ke kaunter MAC. Aku ingat mungkin dah sampan giliran dia la kot.
Tak sampai 2 minit dia datang balik duduk depan aku.
Since masing-masing pakai face mask memang aku tak boleh nak confirm tu dia.
Sebab aku tak cam muka husband dia juga.
Yang peliknya husband dia boleh masuk pula, tapi husband aku tak boleh.
Kesian aku tengok husband aku mengintai daripada cermin belakang.
Aku pun WhatsApp husband aku kata ramai je lelaki dalam ni, haha saja nak bakar line.
.
.
.
Nama aku pun dipanggil.
Nurse tanya: 'bila last aku buang air kecil?'
Aku cakap la sebelum datang sini dalam 7.30 pagi macam tu.
Dia kata: 'okay, jangan pegi bilik air dah'.
Aku tanya la bila agaknya procedure mula, katanya lagi sejam.
Masa tu aku tengok jam baru 9.48 macam tu.
Aku kata dalam hati,
'nahhhh...nak kena tahan lagi sejam'
Mungkin dia nampak muka aku berubah dia kata,
'nak buang boleh buang sekarang lepas tu kena minum balik, kalau nak g makan dulu pun boleh dalam 20 minit datang sini balik'.
.
.
.
Aku pun terus cari husband aku ajak g cafe dulu.
Sebelum tu aku g buang apa yang patut mengikut saranan nurse tadi, hehe.
Since tak perlu puasa, aku pun sempat jamah sepinggan bihun.
Lapar walaupun sebelum datang tadi dah makan.
Entah la aku ni bila masa la tak lapar. Memanjang je lapar.
π
.
.
.
Dah siap aku terus ke MAC, aku duduk selang satu sofa dengan couple tu.
Aku nampak dorang macam pandang aku, sebab aku baru lalu kan.
Aku pandang muka akak tu dan lambai pada dia.
Dia lambai balik dan dia datang duduk sabelah aku.
Sumpah dia friendly gila.
π
Borak punya borak katanya dia ada 2 yang sampai ke tahap blastocyst.
Syukur katanya sebab sebelum tu, bulan lepas pun dia ada buat IVF juga.
Transfer day 3, tak ada embryo freeze.
Kali ni dia ada 1.
1 untuk transfer hari ni dan 1 untuk freeze, alhamdulillah.
Masa ni aku tau aku ada 6 yang sampai tahap blastocyst,
bila ditanya berapa yang nak di transfer hari ni aku jawab tak tahu.
Aku pun tak kisah. 1 okay 2 pun okay.
.
.
.
Tak lama nama ktorg dua dipanggil dan Prof pun dah sampai.
Husband masing-masing juga dipanggil.
Cantik, so boleh la husband aku masuk ke MAC tu.
Macam biasa, tukar ke pakaian dorang, kali ni beza sikit sebab ikatannya di depan.
Hari tu di belakang.
Tujuannya nanti dorang nak scan daripada atas perut masa nak masukkan embryo tu.
Masa nak tunggu tak lama. Aku kalut tukar pakaian sebab nama aku dah dipanggil 2x.
Prof pun dah tukar pakaian ke pakaian operation.
Aku masuk dengan perasaan tenang.
Husband aku tunggu dipintu sebab dia tak tukar pakaian,
peranan husband masa ni adalah untuk tengok
dan dengar explaination Prof tentang keadaan embryo ktorg.
Ada 5 embryos yang ditunjuk di screen.
Masa tu Prof explain sambil aku boleh dengar suara embroyologist
daripada ruangan sebelah, sebab bilik ni bercantum.
Aku macam tertanya kenapa 5 je, mana lagi satu.
Rupanya satu lagi embryo ktorg tak survive. Tak apa la kan.
Kita memang dah sedia maklum, bukan semua embryos mampu bertahan.
.
.
.
Prof explain satu2.
Daripada 5 tu, ada satu advance yang lagi 4 tu compact.
Aku selaku individu yang tak belajar bidang ni, mula memikir.
Cuma aku boleh relate tang compact dengan advance je.
Yang lain-lain aku tercari-cari, haha.
Ni conversation ktorg seingat aku ya:
.
.
.
Aku: Apa beza advance dengan compact prof?
Prof: Compact tu dia dah compact (siap dengan tangan dia tunjuk)
Aku: Ouhh padat.
Prof: Ya...dah padat.
Aku: Advance?
Prof: Advance tu dah cantik la. Dah ada air.
Aku: Prof nak transfer berapa hari ni?
Prof: You nak berapa?
Aku: Entah...
(aku jawab spontan sebab aku memang tak kisah
tapi masa ni aku tengok muka husband aku, aku tau dia nak 2, hehe)
Lepas tu aku mintak suggestion daripada Prof sendiri sebab dia pakar kan.
Dia kata:
'Nak transfer yang lain sama boleh tapi kena buat esok la'
Sebab baru tahap compact kan.
At least kena tunggu petang ni or pagi esok wallahua'alam.
Dan kalau dah ada yang advance ni tak boleh nak tunggu dah.
Macam aku cakap tadi la dia kan ada sumber makanan dia.
.
.
.
Pastu prof kata kita transfer yang advance ni ya untuk hari ni.
lagi 4 kita freeze untuk lagi 2x transfer.
.
.
.
Aku dan husband pun ok.
Aku sebenarnya nak tanya banyak lagi.
Tapi aku tengok muka semua yang ada dalam tu macam nak cepat je, hahahaa.
Aku cakap dalam hati 'takpe la balik nanti aku google, haha!'
Tak tahu plak blastocyst ni pun ada category dia, hewhew! π
.
.
.
(sambung lagi) π
bilan nk sambung part5 ivf sis? :)
ReplyDeleteHi sis, tq sbb follow blog ni. Heee baru je sambung.
Delete:)