0015: Pengalaman buat SWAB test di An-Nur, Bangi

Assalamualaikum semua! πŸ‘‹
.
.
.

Entry kali ni aku nak cerita sambungan TTC aku,
kali ni tak melibatkan langsung clomid ke ape ke.
Tak ada kena mengena dengan ubat hormon kesuburan semua.
.
.
.
Minggu lepas (khamis 13/9/18)
aku ke An-Nur, Bangi setelah mendapatkan referral letter daripada
Klinik Qistina.
.
.
.
Kali ni bukan dengan Dr Wan Masliza, 
kali ni dengan Dr Was Norizah sebab kebetulan
hari tu Dr Wan Masliza cuti.
So, tak kisah la kan janji perempuan.
Lagipun elok juga kita minta second opinion.
.
.
.
Dipendekkan cerita, tujuan aku datang pada hari tu
adalah sebab nak tanya berkaitan dengan sakit ketika berhubungan. Rasa tak selesa.
Ya. jauh kan daripada tajuk TTC tapi sebenarnya ia mungkin 
mempunyai kaitan dengan kesuburan.
Dr pun pelik kenapa dekat 4 tahun aku kahwin baru hari ni aku ke hospital.
Aku pantas jawab yang sebelum ni aku hanya fokus nak dapatkan anak je.
Kali ni aku datang tujuan nak periksa kesihatan diri 
takut-takut ada kaitan (masih dalam usaha TTC).
Dr pun angguk, katanya tak guna dia scan sebab aku dah banyak record scan dengan 
Dr Wan Masliza masa aku on clomid sebelum ni.
Aku pun setuju.
Dia pun explained, katanya kalau tiub blocked memang
tak boleh nampak dengan scan.
Kena buat laparoscopic juga macam mana pun.
The moment aku dengar, terus aku imagine kesakitan 
aku yang dulu.
Ya Allah...
.
.
.
Aku senyum pahit masa tu.
Rasanya Dr pun faham tentang kesakitan yang aku
tengah bayangkan tu.
Dia kata itu je caranya sebab aku pernah buat HSG dulu masa 2015.
Memang tiub aku semua ok.
.
.
.
Aku pun tanya, adakah ini disebabkan infections atau
kedudukan rahim aku yang memang terbalik.
Dr angguk, dia kata boleh jadi.
Kedua-duanya pun boleh jadi punca. Katanya, infections boleh
menyebabkan tiub jadi block. Infection tak nampak kalau
dengan suntikan HSG (dye).
Dr ni siap lukis gambar sebab nak bagi aku faham.
Konsepnya, infections akan selaput sekeliling 
tiub dan boleh rosakkan tiub. Aku anggup faham.
Katanya, ada patient dia yang dorang potong tiub sebab lagi 
memudahkan IVF.
Siap Dr tu suggest dekat aku suruh buat IVF sebab katanya aku ni semua ok.
Katanya kalau tiub tak ok pun masih boleh buat IVF sebab 
aku subur.
Dengar macam mudah, tapi operate bukan hal main-main woooo!
aahahahaha! sakit woi!
.
.
.
Aku pun macam tak apalah, 
lantas aku kata dulu Dr Wan Masliza ada suggest untuk aku buat SWAB test.
dulu aku pernah buat, tapi tak sangka la SWAB test ni bukan satu je.
2016 dulu aku buat dua test serentak,
Pap Smear dengan SWAB ni la untuk check keputihan.
Resultnya everythings ok cuma ada la infection sikit tapi Dr kata tu biasa.
.
.
.

Dr ni pun setuju untuk aku buat SWAB test
 tapi dah dimaklumkan kos ni sangat mahal.
Aku dah tanya sebelum tu katanya dalam RM95
 tak termasuk consultation fee lagi. So aku assume boleh jadi la sampai RM200.
Sekali Dr cakap SWAB test ni nak buat 2. Aku dah macam eh, kenapa dua?
Dulu sy buat satu je?
Dr selamba balas,
Infection ni bukan 1 je, banyak.
Aku pun angguk.
.
.
.
.
Dr ni baik sangat tau, dia concern juga pasal urusan bayaran aku nanti.
Aku cakap la tak apa la aku bayar cash.
Tapi dia tengok aku ni ada insuran mi care.
Dia kata kita cuba dulu.
Aku pun setuju dalam masa yang sama rasa seronok
sebab Dr ni concern pasal ni walaupun pada mulanya aku
setuju untuk bayar cash sebab masa tu aku ingat mi care tak cover.
Dr pun tulis diagnosed dan submit untuk GL.
Aku ingat lagi masa tu nombor giliran aku no satu,
end up aku jd nombor terakhir pada hari tu.
Siapa yang dah biasa dengan GL mesti tahu nak tunggu GL ni lama.
Kata Dr biasanya kalau disebabkan infections ni insuran tak cover.
Masa tu aku angguk jela sebab memang aku dah fully aware pasal hal ni.
.
.
.
.
tunggu,
punya tunggu,
dekat 2 jam.
.
.
.
Alhamdulillah akhirnya, aku dapat keputusan yang kos ni
ditanggung sepenuhnya.
Mungkin aku ni banyak sejarah agaknya,
dulu pun masa operate laparoscopy pun mi care tanggung. 
.
.
.
Buat swab test ni sama je dengan process nak scan, cuma beza scan
dorang masukkan camera,
kalau swab and pap smear dorang masukkan muncung itik tu.
Tips dia macam biasa, tarik nafas masa Dr nak masukkan.
Lepas tu tenang. Ok la semuanya. 
.
.
.
sekejap je, rasanya
seminit dua je kot dah settle.
.
.
.
Keesokkan harinya,
husband aku dapat email yang kos swab test semalam
yang mi care tanggung RM589 (seingat aku la),
sebelum tu mi care bagi RM500 je, tapi An-Nur dah maklum
pada aku yang kalau kos ni lebih dorang akan minta mi care untuk topup.
Alhamdulillah Allah mudahkan urusan aku.  
.
.
.
Keputusannya?
.
.
.
nervous.
.
.
.
Kena tunggu lagi seminggu.
Kos mahal jadi aku expect resultnya mesti lagi detail.
.
.
.

Swab and pap smear dulu aku buat dekat Klinik Medivron Serdang,
tapi aku tengok dekat envelope tu tulis Pantai Hospital.
Mungkin dorang pakai lab sana.
Tapi yang view result aku dekat Medivron tu pun General Dr,
bukan gynae. So untuk kali ni aku expect lebih.
.
.
.
.
Moga-moga semuanya baik-baik sahaja. Kalau turn out tak baik,
aku masih positif yang ianya masih boleh dirawat. 
In shaa Allah. Sekurang-kurangnya dah jumpa punca yang dicari-cari selama ni.
Bukan minta sakit, tapi kita sebagai TTC-ian kena tahu apa punca selain daripada berserah
dengan takdir. Ok la nanti dapat result aku sambung lagi ya.
.
.
.
Salam,
.
.
.
putreexoxoπŸ’‹

_____________________________________________________

Just a quick update:
Alhamdulillah everything okay!
sis bebas daripada segala infections n etc!
bai! 😚

Comments

Popular posts from this blog

024: Pengalaman IVF Kedua (HUKMSC - FROZEN EMBRYO)

0018: CERITA IVF PERTAMA KAMI di HUKMSC! (Part I)

0021: CERITA IVF PERTAMA KAMI di HUKMSC! (Part IV) - Our Embryo Transfer Day!