0013: Unexplained Infertility
Assalamualaikum semua...✋
.
.
.
tergerak hati nak bukak entri ni lepas jumpa gynae semalam.😇
.
.
.
Dr : so, berapa kali dah on clomid?
Me : ini nak masuk cycle kedua untuk An-Nur ni.
Dr : berapa lama dah kahwin?
Me : more then 3 years
Dr : umur you?
Me : 29
Dr : 29...muda lagi... husband dah pernah check?
Me : Dah. dua kali buat IUI dah dua kali, dua-dua bacaan sperm bagus.
Dr : you pernah check tiub semua?
Me : pernah buat laparoscopy and masa tu Dr suntik HSG sekali.
Everythings ok.
Dr : okay... so this is unexplained infertility.
Me : angguk.
........................................................................................................
so,
untuk kes yang macam aku ni, adalah doctor tak dapat kesan
masalah yang ada
pada diri aku dan husband.
although aku ada pcos, tapi aku pernah miscarriage dan doctor
kata kes aku ni adalah unexplained infertility.
hasil kajian aku, penghidap pcos akan mengalami kesukaran untuk
hamil namun ianya tidak la mustahil.
rawatan yang diambil adalah dengan ber-diet dan ubah gaya hidup.
semuanya melibatkan makanan dan senaman yang dilakukan.
sebab tu pentingnya menjaga makanan dan exercise.
pada aku, mungkin aku agak bernasib baik sebab aku tak la
mempunyai saiz badan yang besar sebab biasanya doc akan
minta kita untuk reduce kan berat badan dulu sebelum mulakan treatment.
untuk kes aku, aku tak melalui fasa tu.
alhamdulillah.
bukan senang nak diet ni.
pcos ni adalah disebabkan ketidak seimbangan hormon dalam badan kita.
dalam bahasa mudah, hormon lelaki lebih banyak dari yang sepatutnya.
.
.
.
untuk pesakit pcos ni, kita akan dapati masa buat tvs scan tu
terdapat banyak folikel kecil dalam kilang ovari kita
tapi kemungkinan tak ada folikel yang matang.
mengikut saiz matang yang sepatutnya. rata-rata aku baca,
saiz folikel matang dalam lingkungan 18mm-25mm.
biasanya pesakit pcos ni, akan ada irregular period.
for my case, period aku regular tapi
sikit. so jangan ingat period datang every month and regular tu tanda
kita subur.
dan satu lagi info aku kira bagus la untuk aku,
tak semestinya telur tu besar, matang dan saiz yang cantik,
ianya akan pecah. jengjengjeng.
dan
tak semestinya, bila telur tu cantik, saiz semua cantik,
dalam telur tu ada ovum!
jengjengjeng lagi. haha.
ini aku dah tanya gynea aku semalam.
dia kata telur yang ada ovum tu hanya boleh dilihat
bawah microscope sahaja.
sama macam buat IVF.
sebab tu bila buat IVF doc akan galakkan penghasilan telur yang lebih daripada satu
iaitu bagi meningkatkan peluang untuk adanya telur yang bagus.
.
.
.
oh ya, pasal entry hormon progestrone aku rendah tu.
baru aku faham rupanya, hormon dalam badan kita ni berubah-ubah.
bukannya, kalau kita low progestrone tu bermaksud sepanjang tahun kita tak ovulate.
tapi benda ni bergantung pada period pattern kita juga.
for my case tak ada la.
kena faham tu.
aku ada tanya doc pasal period aku yang sikit.
aku cerita jugak la pasal everytime aku buat opk double line mesti akan ada dan terang pulak tu.
tapi aku pelik kenapa last year aku check hormon dekat hkl
hormon yang lain ok, cuma progestrone je yang rendah sangat.
.
.
.
dan doc pun explain, katanya kemungkinan bulan tu aku tak ovulate.
katanya tengok je pada period kita, regular ataupun tak dan kuantiti period
yang datang tu macam mana. tapi ada je orang yang period tak regular tapi berjaya hamil.
mungkin period dia je yang tak regular tapi kuantiti period tu cantik.
so dari situ aku baru terfikir.
rupanya pemahaman aku selama ni salah.
dari pembacaan aku jugak, untuk wanita normal
akan ada satu bulan tu dia tak ovulate dan itu perkara biasa.
semuanya bergantung pada hormon dalam badan kita setelah dipengaruhi oleh
makanan dan cara hidup kita pada bulan itu.
.
.
.
.
tapi,
tapi,
tapi,
.
.
.
.
kalau kau dan berjaga sebaik mungkin,
dan period kau pun datang dengan baik.
jadi la kes macam aku ni.
UNEXPLAINED INFERTILITY.
.
.
.
atau,
dalam bahasa mudahnya.
Allah belum nak bagi. 😊
.
.
.
jangan putus asa!
.
.
.
salam
💋💋💋
putreexoxo
putreexoxo
Comments
Post a Comment