0012: Clomid dan Metformin untuk TTC?
assalamualaikum semua...β
Hari ni ada mood nak menulis, jadinya kita update blog la ye.
.
.
.
.
last entry aku ada tulis yang aku nak stop IUI dulu kan, why not kita try clomid pulak.
sejarah aku bercinta dengan clomid ni banyak. huhu.
tp best part is, everytime aku on clomid mesti akan ada folikel yang matang.
cuma akan berakhir dengan kegagalan. hehe. π
aku recall balik ye. π
.
.
Medical History
aku kahwin hujung 2014.
10/12/14 - 1st UPT positive
10/1/15 - miscarriage (8 weeks)
3/5/15 - 2nd UPT positive (tahan seminggu je)
Ogos & Sept 2015 - on clomid 50mg(failed)
Okt 2015 - Pelvic scan (ovarian cyst both side)
end Okt 2015 - laparoscopy / HSG test (/)
Jan 2016 - IUI (KPJ Kajang) (100mg) 1 folikel (aku lupa size) - (failed)
sperm husband aku dikategorikan excellent fulamak. dia punya cuak masa nak tunggu result. dah dapat result senyum sampai ke telinga member.
Sept 2016 - Pap smear (/)
Mac 2017 - Hormone test (HKL) low pregestrone bermakna on that month aku tak ovulate.
Sept 2017 - IUI (HKL) Gonal F
7 eggs (16-21mm)
(failed)
Mac 2018 - on clomid (100mg) 1 egg (18mm)
(failed)
April 2018 - on clomid (100mg) + metformin (500mg) setiap hari
11/4/2018 - hari ni aku buat tvs scan dan dapati ada 5 folikel yang bersaiz 23-25mm. alhamdulillah!
.
.
.
Aku start treatment sejak belum genap setahun kahwin.
bukan soal tak sabar ke apa, tapi soal aku curious kenapa aku miscarriage and
aku boleh rasa ada yang tak kena dengan badan aku ni.
dipendekkan cerita (sebab semua aku dah tulis dalam entri sebelum-sebelum ni),
aku start on clomid balik dekat An-Nur Bangi.
.
.
.
.
An-Nur, Bangi
Aku under Dr Wan Masliza, baik sangat Dr Wan ni.
First time aku jumpa gynae yang selesa aku nak bercerita or bertanya.
Apa je yang aku tak faham aku tanya. Dia bagi aku clomid 100mg untuk dimakan macam biasa.
.
.
.
.
PCOS
Borak punya borak aku tetiba tertanya soalan, sy ni pcos ke doc?
dia jawab ya. cuma aku ni dalam kategori unik sikit sebab
biasanya orang yang kena pcos ni dia berbadan agak besar.
aku ni kecik je orangnya. Doc kata aku ni kategori thin PCOS.
Actually aku dah biasa dengan pembacaan mengenai PCOS cuma tak ambil port sangat sebab dalam otak aku pcos ni biasanya orang yang bersaiz besar.
So here it goes kenapa aku ni susah sangat nak mengandung. (although ini semua hanyalah asbab, tapi kita masih kena berusaha kan). sebelum aku jumpa Dr Wan ni aku dah get ready semua soalan yang bakal ditanyakan, yelah bukan sikit consultation fee kan. tambah-tambah aku ni takde insuran nak cover. so aku guna peluang yang ada sebaik-baiknya.
.
.
.
antara sebab lain aku tak rasa aku pcos adalah,
regular period.
period aku dari zaman anak dara memang regular.
cuma sejak aku kahwin and aku miscarriage period aku sikit tingtong cuma takde la jauh sangat jaraknya.
tapi yang pasti memang period aku datang setiap bulan.
so dalam 2 tahun ni alhamdulillah period aku dah cantik balik.
cuma yang tak cantiknya adalah, period aku datang dalam kadar yang sangat la sikit.
dulu 5-6 hari, sekarang 3 hari.
makin la aku perasan period aku lagi sikit.
even hari pertama pun aku tak dapat nk penuhkan 1 pad. haha!
so aku tau memang la aku ada problem.
kadang-kadang tu hari pertama banyak, kedua sikit, ketiga takde langsung dan keempat ada balik.
haaa dia ibarat macam main cak-cak gitu.
clomid aku untuk bulan mac gagal. walaupun Dr Wan Masliza kata telur aku sangat-sangat la cantik.
aku boleh nampak la muka dia macam excited sangat lepas scan telur aku tu.
tapi dalam hati aku pun bersyukur sebab sekurang-kurangnya aku ovulate jugak.
ada aku baca tu clomid tak berkesan atas diri dia. di sisi lain aku bersyukur.
tapi aku malas nak mengharap lebih-lebih. hehe.
.
.
.
Aku balik je rumah aku terus google, bukak utube ape semua tu pasal pcos.
so the next day bermula lah misi aku untuk makan benda yang bermanfaat je.
aku tak tahu la aku ni jenis drastik ke apa.
air masak jangan cakap la. ke mana je aku bawak. haha.tak tinggal.
aku terus tak nampak dah all the fast foods semua tu. Ramen? ramen jangan cakap la.
favorite aku yang dulu aku makan purata dalam seminggu sekali or dua kali
pun aku stop. tak apalah aku cakap dekat dalam hati. Allah suka orang yang bersungguh. Alhamdulillah aku dapat full support from my family, especially husband aku la.
aku cut sugar. air manis memang dari dulu aku kurang gemar. tu pun salah satu sebab aku yakin aku bukan pcos. tapi aku syak sebab aku suka gila makan junk food. Fast food apa tu semua.
banyak sangat ambil carbs.
so semua tu aku cut.
masa aku timbang berat aku dekat An-Nur untuk 1st time nak try clomid,
berat aku dalam 54.6 untuk ketiggian 158cm.
.
.
.
failed lagi
yang bagusnya dengan clomid ni period aku keluar cantik je.
so on April aku pergi lagi untuk cuba cycle kedua.
dalam tempoh dua minggu sejak aku buat tvs scan tu,
aku datang pulak untu cycle kedua. berat aku masa tu 53.9.
tapi kan aku cakap betul, aku pernah diet siap exercise berat (konon nak cuba la turunkan ke 48 macam sebelum kahwin) π
tak turun-turun jugak.
tak turun-turun jugak.
rupanya pcos ni susah nak turun berat badan. sobss!
aku kawal berat aku sebab setahu aku bila on clomid ni badan senang nak naik.
aku kawal and dengan tak sengajanya berat aku turun!
.
.
.
clomid
+
metformin
+
vitex
+
supplements
macam biasa aku dah prepare soalan.
aku pun tanya pasal metformin.
doc cakap dia akan prescribe biasanya untuk pcos yang berbadan besar
untuk turunkan berat badan. untuk kes aku ni yang juga memang pcos
yang semestinya ada insulin resistance ni, aku pun diberi cuma
dos yang rendah. sebijik cut half and makan pagi dan malam (selang 12 jam).
so sekali makan dos aku adalah 250mg.
aku baca biasanya orang yang makan ni akan terkena diarrhea, alhamdulillah aku tak kena.
cuma aku rasa kurang selera sikit la.
3 hari awal tu asal telan metformin je aku sakit kepala.
tapi aku ni jenis gigih. aku makan je then bila badan dan biasa kita pun akan okay.
kalau sebelum tu aku selalu mengelat nak makan supplemen.
kali ni memang aku bersungguh.
aku start vitex jugak untuk cycle ni. vitex ni aku beli dekat watson. 60 lebih je harga dia.
aku dah buat kajian sebelum beli. memang bagus untuk pcos. tapi kalau korang nak try make sure kaji dulu ye.
.
.
.
vitex
sebelum breakfast aku ambil vitex sebijik, madu kelulut, habatus sauda.
metformin, aku makan telur ayam kampung separuh masak dan
aku ambik habatus sauda, vit e, vit c, gla, b6, folic asid.
.
.
.
makan aku jaga. kalau dah ambil supplemen korang kena make sure
untuk minum air putih banyak.
setiap kali aku telan semua supplemen tu aku doa untuk Allah
sembuhkan sakit aku dan stabilkan balik hormon aku.
vit semua tu aku beli dari shaklee. aku start consume shaklee sejak aku kena cyst buat kali kedua.
dan alhamdulillah cyst aku hilang dengan sendirinya. banyak lagi usaha aku buat korang boleh baca dekat entri sebelum ni k?
by the way aku TAK JUAL Shaklee, aku bagi tahu apa yang bagus untuk diri aku.
lain badan lain rekasi. hehe. lepas cyst dah okay aku main skip-skip makan.
sampai la awal 2018 aku start makan balik sebab nak try clomid.
.
.
.
pasal vitex tu, aku boleh tahu lepas google apa semua tu, utube dan banyak yang berjaya dengan vitex.
lepas aku kaji, kandungan vitex ni tak mengandungi hormon.
cuma herba. jadi selamat untuk digunakan.
(ni brand yang aku makan. dekat watson ada jual.)
.
.
.
aku buat jugak BBT, dan start guna OPK.
.
.
.
beras aku tukar ke brown rice, gula aku tukar ke stevia.
.
.
.
aku buat jugak BBT, dan start guna OPK.
.
.
.
beras aku tukar ke brown rice, gula aku tukar ke stevia.
.
.
.
tvs scan untuk second cycle
11/4/2018
.
.
.
yang buat scan aku hari ni bukan Dr wan, Dr ganti.
dia tanya la berapa umur aku, 29 dan berapa tahun dah kahwin, aku jawab la dah 3 tahun lebih.
terus dia kata muda lagi. (ayat ni biasa dah aku dengar) hehe.
ayat nak sedapkan hati.
berat aku hari ni 53.6kg.
aku terkejut untuk pertama kali dalam sejarah, kilang ovari aku yang sebelah kiri
respond!
ada 3 folikel yang bersaiz 23mm! Ya Allah, aku pernah terdetik yang kilang ovari aku
yang sebelah kiri ni tak subur ke?
so hari ni dalam sejarah aku rasa bersyukur sangat at least aku nampak progress tu.
ovari kanan aku ada 2 folikel yang doc kata prominent.
saiz dalam 25mm.
aku ingat macam besar sangat, tapi dia kata cantik.
alhamdulillah. aku terus teringat kes aku IUI dekat HKL last year yang sampai
7 folikel aku respond.
cuma kali ni respond dengan clomid 100mg shj, bukan gonal f.
alhamdulillah.
so doc decide untuk tak teruskan clomid untuk aku untuk next cycle.
dia kata terlalu respond. aku baru ingat nak teruskan sekurang-kurangnya untuk
6 cycles. dah dia kata macam tu, nak kata apa kan.
aku tanya la doc, pcos ni susah ke nak pregnant?
dia jawab susah la sikit cuma tak sesusah endometriosis.
aku cuma angguk jela. sebab aku dah sedia maklum tentang endo.
.
.
.
masa scan dia tanya, perut tak sakit ke?
pantas la aku jawab sakit sikit je, cuma rasa tak selesa bhgian bawah perut.
dia kata memang patut la sebab telur aku besar.
tapi memang tak selesa.
nak duduk rasa macam ada benda sangkut je. hehe.
.
.
.
doakan aku berjaya untuk cycle ni.
aku pun doakan pada yang TTC macam aku ni supaya dikurniakan zuriat
secepat mungkin. In shaa Allah.
jangan putus asa, Allah sedang menguji kita!
Till next entry....
berjaya ke tak berjaya aku tetap akan update. hehe.
.
.
.
Jaga diri.
Salam
πππ
Assalam,
ReplyDeleteboleh saya tahu sambungan kisah TTC puan. sy pun sdg ttc, IUI kali ke3 di HKL.
Wsslm puan,
DeleteTerima kasih kerana sudi singgah ke blog sy. In shaa Allah sy telah pun sambung TTC journey sy tetapi bukan lah bersama HKL. Sy juga merancang untuk menyambung IUI buat kali ketiga di HKL tidak lama lagi. Masih mengira-ngira tarikh yang sesuai. Moga ada rezeki untuk kita ya puan.
Amin. :)
Thanks for sharing the information,Clomid is an ester gene receptor modulator that helps balance body metabolism after consuming aromatising steroids. Clomid helps prevent estrogen build up and can be used as post supplement therapy. so if you are looking best clomid Try Alpha Pharmaceuticals.
ReplyDelete