0011: IUI kedua di HKL - Last (Bahagian 5)
sambungan yang terakhir daripada IUI kedua di HKL...
Assalamualaikum pada pembaca blogku ✋
.
.
.
.
Entry ini aku memang ambil masa yang lama nak menulis. Hatta benda ni dah berlalu berbulan lamanya, tapi kesan yang ditinggalkan agak mendalam.
Seperti yang korang sedia maklum, IUI kedua aku hampir tidak dapat diteruskan atas sebab perkembangan telur yang sangat memberangsangkan dan aku yang decide untuk teruskan kerana aku yakin atas setiap ketentuanNya.
last entry aku ada tulis yang sakit sebelum period aku tu lain macam sikit kan. Ada seorang pembaca blogku ada meninggalkan komen bahawa kemungkinan aku juga pregnant seperti dirinya yang kali pertama membuat IUI, alhamdulillah tahniah untuk awak. 😍
IUI kedua aku juga gagal, walaupun aku dapat tanda-tanda yang aku dah ceritakan pada last entry aku dulu sebab tanda-tanda pregnant ini sama seperti tanda-tanda nak period. Jauh di sudut hati ktorg suami isteri, tak dapat kembar pun tak apa lah, seorang pun jadi.
tapi siapalah kita. Hanya mampu merancang dan berusaha. 😀
.
.
.
.
Aku buat IUI kedua di HKL pada september 2017 dan aku decide untuk stop sekejap apa-apa treatment sebab bulan 11 ktorg ke tanah suci untuk kerjakan umrah. Kalau boleh aku dan suami nak fokus untuk ke tanah suci dulu baru fikir semula bagi menyambung IUI yang ke tiga.
.
.
.
Buat yang ternanti kesudahan cerita IUI aku ni, maaf pada mereka kerana aku bukan penulis blog tegar yang punya masa tertentu untuk menulis. 🙏 aku menulis bila aku rasa aku betul-betul ikhlas nak menulis, jadinya blog aku ni biasanya aku update 3-4 entry sekaligus. kisah IUI ini patutnya aku plan nak buat bulan 3 ni, tapi apakan daya tarikh period aku jatuh hari jumaat.
nurse akan minta kita hadir pada hari kedua atau ketiga period. tak apalah. So aku decide untuk cuba kaedah lain iaitu dengan Clomid. Aku tulis bab ni dalam entry lain ye.
.
.
.
Ada rezeki IUI ketigaku pada bulan 4 ni In Shaa Allah. Buat yang masih berusaha sama-sama kita jangan putus asa ya! 😍
.
.
.
.
salam
Putree 💋
Comments
Post a Comment