0010: IUI kedua di HKL - 2017 (Bahagian 4)

Assalamualaikum...haiiii semua ✋
.
.
.
Ok,sambung untuk bahagian keempat episod IUI di HKL.
.
.
.
dah siap cucuk injection untuk follical, ubat tu akan bertindak selama beberapa jam (aku lupa), esok pagi ktorg kena pergi HKL untuk buat IUI.
Ok, untuk hari ni ice box tak perlu bawak pun. Cuma bawak diri. Husband tak dtg pun takpe, takde masalah pun.
Part dia cuma sumbang sperm je, yang lain mungkin
sebagai support system jela kan.
.
.
.
.
.
IUI 
Sampai giliran aku, dorang hulur uniform macam nak masuk OP tu. 
Seingat aku masa dekat KPJ dulu takde pulak kena 
tukar baju ke apa.
Kena tanggal semua.
Aku yang macam blur hari tu, aku tak tanggal la stokin sbb aku fikir
apa kaitan dengan stokin kan?
Then nurse tu kata stokin pun kena tanggal.
hmmm...baiklahh.
.
.
.
Aku nampak la 2 orang ni, gaya macam doktor. 
Aku panggil la doktor then dorang balas bukan.
Dorang ni pegawai apa tah. Tapi related to kesihatan jugak lah.
Sebab tu dorang boleh buat.
Aku macam sedikit kecewa sebab until now,
aku belum betul-betul jumpa doktor pakar sakit puan HKL.
Yang aku jumpa dulu masa nak bagitahu keputusan hormon tu
cuma doktor biasa yang ganti.
Ada la aku jumpa kejap masa dia nak bagitahu
pasal berapa kali aku boleh buat IUI and etc.
Tapi aku rasa ada la dalam 5 minit.
masa tu cuma di bilik scan yang ada patient lain tengah scan.
Segan la aku nak tanya banyak-banyak.
hmmm...tak apa lah.
Macam sedia maklum, patient memang ramai gila.
Aku terpaksa la buat-buat faham. 😞
.
.
.
The worst part masa IUI procedure tu, 
aku nampak disebalik bilik kaca tu ada sorang nurse lelaki tengah buat apa tah dekat lab room.
Korang banyak la aku tengah mengangkang dekat situ, 
walaupun di sudut sisi. Aku jaga gila kot aurat aku. 
Aku nak menangis masa tu. 
Aku doa dekat Allah moga dipelihara aurat aku.
.
.
.
IUI tu start dengan dorang cuci disekeliling vagina kita,
lepas tu dorang masukkan muncung itik tu,
sperm yang elok dah diasingkan. So memang nampak kuantiti dia macam sikit, sebab dorang
dah siap asingkan. Air mani ni ibarat pelincir je.
Sperm tu sangat la halus, so bila korang buat hubungan intim
dan air mani tu terkeluar balik tu. Benda tu normal.
mesti korang dah pro dah bab ni kan?
.
.
.
Habis je procedure dorang kata puan boleh baring kejap. mengiring. macam kes aku kilang aku yang banyak telur adalah disebelah kanan. jadi aku baring di sebelah kanan la.
Tapi macam semua tahu, benda ni tak membuktikan apa-apa pun.
boleh dikatakan cuma teori atau logik manusia je.
Tapi kalau nak mencuba takde salahnya.
Plus, tak rugi apa pun. 😋
.
.
.
So, habis je IUI boleh balik macam biasa.
Jaga diri macam biasa.
Dekat appointment card tu tulis,
datang balik pada hari ke10 lepas tarikh sepatutnya period, ini kalau
period tak datang la untuk buat UPU test..
Kalau period datang, datang untuk next IUI lagi. 
Aku doa banyak-banyak.
Moga kali ni ada rezeki ktorg. 
In shaa Allah. 
.
.
.

Hari sebelum tarikh due period
.
.
.
biasanya 2-3 hari sebelum aku period,
aku akan rasa macam cramp dekat bahagian abdomen.
sakit belakang sikit-sikit.
Kali ni aku jadi lain sikit.
Aku kerap mual.
Loya.
Pening kepala jangan cakap la.
Lambat makan sikit mula la.
Aku paling risau benda ni jadi depan family aku,
bukan apa, dia seolah macam bagi dorang harapan.
Aku sejenis kalau period, simptom dia sebijik macam
orang yang pregnant.
Tapi biasa aku mual, husband aku je yang nampak.
Tapi kali ni macam over mualnya.
Muntah jangan cakap la,
lepas makan, otw balik dalam kereta
boleh je aku bantai muntah.
Dalam hati aku,
jangan la dorang fikir pelik-pelik sbb aku sendiri
dah banyak kali kecewa.
Aku tak nak dorang pulak kecewa.
.
.
.
Hari Period 
Period aku tak datang.
.
.
.
5 hari kemudian
.
.
.
kebetulan aku duduk sorang hari sabtu. Parents aku ada hal. 
Dah boring sangat takde buat apa dekat rumah.
Aku merajinkan diri pergi kursus umrah andalusia dekat bangi.
Bukan apa, aku nak elok
daripada fikir sangat.
biasa period aku jenis on time.
lewat sikit-sikit tu biasa. 
Tapi kali ni period lambat 5 hari dah.
tapi aku relax je.
bukan apa sebab aku dah biasa terkena! lol
so aku buat cool je.
Hari-hari aku n husband buat solat dhuha,
Aku merajinkan diri baca surah maryam.
Selang seli dengan solat hajat.
Masa ni ktorg macam 50-50 lagi.
teringat pasal telur aku yang banyak,
aku borak dengan husband n ktorg cakap la
tak dapat kembar pun tak apa
lekat satu pun jadi la.
Kalau dah rezeki banyak tu kan.
.
.
.
Masa di kursus umrah kan kena duduk bersila.
awalnya ok je.
lama-lama aku rasa pinggang aku lain macam
macam-macam posisi aku tukar.
start jam 9.
pukul 10.30 aku dah tak tahan.
waktu dorang tengah break, aku decide untuk balik je.
Pinggang aku memang dah tak selesa sangat.
Jarang aku nak tinggalkan majlis ilmu macam tu je.
ke tak pernah. Tapi kali ni aku terpaksa.
.
.
.
FYI, aku mmg standby pakai pad tau.
dalam hati aku mmg tak sabar sangat aku nak check.
aku check, ok clean. Ok alhamdulillah masih ada harapan.
Aku drive balik.
.
.
.
Balik tu aku baring.
Badan ni rasa lemah.
Rasa nak rehat je.
Perut mula rasa tak sedap.
Macam nak senggugut tapi tak kuat.
Separuh hati aku  pujuk, untuk tak letak harapan lagi.
Aku pun doa dekat Allah, kalau ada rezeki kami 
maka Kau permudahkanlah.
Kalau bukan, Kami redha.
.
.
.
Aku tak ingat aku bangun pukul berapa.
Lapar punya pasal. 
Aku gagah bangun.
.
.
.
What happened after that?
.
.
.
.
Nanti aku sambung ye?

Nak bersiap ke IKEA dulu!
.
.
.Till then,
take care semua!



salam
.
.
.
putreexoxo💋

Comments

  1. Assalamualaikum.. i just go thru with your blog.. Saya pun buat IUI di HKL utk kali pertama dan Alhamdulillah sy positif preggy. Apa yang sis cerita ni mcm tanda2 sis preggy sbb symptom tu ada sama mcm saya sblm dpt tau sy preggy.. Apa2pun sy doakan sis berjaya kali ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm sis.. tahniah sis, mungkin pada masa ni sis pun dah selamat melahirkan. Apa-apa pun terima kasih banyak kerana sudi singgah ke blog sy. :)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

024: Pengalaman IVF Kedua (HUKMSC - FROZEN EMBRYO)

0018: CERITA IVF PERTAMA KAMI di HUKMSC! (Part I)

0021: CERITA IVF PERTAMA KAMI di HUKMSC! (Part IV) - Our Embryo Transfer Day!