0002: Pengalaman Laparoscopy Ovarian Cyst - 2015

Assalamualaikum semua! haiiii. ✋
.
.
.
Aku buka enty baru,
sebab aku suka benda yang tersusun.
Senang nak menulis, senang juga untuk aku terjemahkan dalam bentuk ayat satu persatu. Senang juga untuk orang lain membaca.
aku harap sangat entry aku ni membantu.
.
.
.

Hari Pertama 
(Oct 2015)
Aku pergi ke KPJ Kajang Specialist sorang. mula admit dalam jam 3 atau 4 ptg macam tu, aku tak ingat sangat. aku terlupa nak request single bed lebih awal dan akhirnya dapat la aku bilik berdua. Perasaan masa itu, excited campur nervous. Aku excited kes ini pertama kali aku nak tidur dalam wad, dah la wad dia cantik. haha. Masa sampai aku tak fikir banyak sangat pun, dalam otak fikir nak landing atas katil and aku nak tengok 'roomate' baru aku. haha!

tapi dalam hati, aku doa supaya roomate aku ni cepat-cepat la keluar supaya senang la sikit aku nk bergerak ke sana sini. nak bukak tv pun tak ada la risau sangat takut ganggu ketenteraman dia.
Dan akhirnya! Doa aku dimakbulkan, tak sempat pun nak beramah mesra aku nampak dari sudut langsir penghadang tu dia tengah kemas-kemas dengan suami dia. dari perbualan dengan nurse aku dengar la yang dia tengah tunggu surat dari Doc dan GL untuk keluar wad.


senyum pun tak sempat nak bertukar sebab aku pun dah tarik langsir sbb aku malas nak pakai tudung. haha.
"takpe la sis, sis dah selamat. eden ni ha!"πŸ˜‚

aku tidur sorang malam tu. petang tu ada la suami aku sempat singgah nak temankan sampai jam 11, guard dah suruh balik. aku kena puasa start jam 12 tengah malam tu. aku ingat lagi masa tu 12.03 ke 05 minit tgh malam aku degil nak minum juga milo ice sebagai makanan terakhir aku. lol.


lupa nak cakap, aku duduk wad wanita jadi tak boleh la suami teman. Masa tu, mama aku masih lagi cikgu dan mengajar di Pahang. Aku tak harap pun siapa temankan aku malam tu. Mak mertua aku pun aku tak harap temankan sebab macam biasa, aku tak suka susahkan orang selagi aku rasa aku mampu buat sendiri. Aku ok je. 



Hari Kedua
(Hari Operation)
aku terjaga awal, dalam jam 5 pagi. sebelum tidur aku ok je, the moment aku bangun aku mula fikir macam-macam. aku bangun buat solat sunat taubat, solat hajat minta Allah permudahkan urusan hari tu dan baru aku solat subuh.
TENANG.

aku kata kat diri aku, jadi apa-apa lepas ini aku redha. fuhhh! bunyi macam kelakar kan? tapi tu la hakikat kenyataan yang berlaku bila kau tidur sorang malam sebelum hari kau nk di operate dan tak ada teman nak berbual. aku tak rasa sunyi lepas aku dah buat semua tu. nurse datang ke wad hulurkan jubah hijau untu aku tukar.
dalam hati aku 'Ok, its the time'

aku senyum sambut.

kena tanggal semua. diulang. SEMUA. haha. pedih!
lepas aku dah bertukar aku dengar suara keluarga aku sampai.
husband, mama dan abah datang dengan senyuman.
aku balas. aku tak nak dorang nampak aku masuk ke OP room dengan keadaan nervous.

aku tanam dalam diri, aku nak masuk dan senyum.
kita pun tak tahu mungkin tu juga kali terakhir kali dorang tengok muka kita kan.

aku lupa nak cakap, sebelum OP aku dah siap minta maaf berkali-kali pada semua especially husband aku. hehe. 
.
.
.
8.00 Pagi
katil di tarik untuk ke tingkat bawah.
dah masuk satu ruangan, aku disuruh isi borang dan sign untuk sekiranya apa-apa berlaku pada aku pihak hospital tak kan bertanggungjawab. consent form la dlm erti kata mudah. 

ape lagi. nak baca apa pun tak sempat dah. sikit-sikit jela. aku sign.
kalau dorang curi-curi bagi borang pemindahan aset mcm dalam drama tu pun aku rasa memang dan terkena la. haha!

nurse tanya aku,
'nama penuh?'
'datang sini atas operation apa?'
aku dengan confidentnya jawab
'Laparoscopy - endometriosis'

nurse tu pandang aku. mungkin sbb dia tengok aku confident dan muka tak ada perasaan.
dia pun angguk.

aku ditolak ke OP room. dia punya sejuk tu tak tau la. dah macam dekat oversea. aku masa tu tebal je rasa muka sebab aku nampak anesthesia dia lelaki (pakar bius), aku mcm meh. 
'gua ni baju and seluar dalam pun tak pakai bro'
MashaAllah.
aku berserah. orang kata darurat.
tak kan nak buat gila halau yang lelaki keluar. 
PASRAH. πŸ˜”

aku nampak Dr Ras, tapi dah dia pakai mask. aku dengar Anesthesia tu tanya aku simple questions, tak ingat! haha dan last sekali dia suruh aku mengucap. 
dalam sebak, aku mengucap. 
seingat aku, tula kalimah shahadah paling sebak pernah aku lafaz.
aku pejam mata
.
.
.
.
.

1.30 Tengah Hari
aku sedar kejap. aku dekat OP room tapi dekat bahagian tepi.
ada nurse dua orang yang awal tadi. jaga aku. aku nampak dorang standby paper cup kat tangan.
aku muntah.
sempat lagi aku fikir apa yang aku muntahkan.
Ya, milo yang aku degil nak minum lepas Doc dah suruh puasa.
perasaan masa tu?
tak sakit. 
mengantuk.
aku sambung zzz.
bius kan.
.
.
.

aku tak tahu masa bila dorang tolak katil aku ke wad semula.
.
.
.

2.30 Petang
Aku sedar.
Aku dengan Dr Ras dan pembantu masuk ke wad aku.
mata aku belum buka tapi aku dah separuh sedar. Masa OP aku dibius penuh.
aku dengar Dr Ras kata 
.
.
.
'Dia punya cyst bukan endometriosis, tapi dermoid cyst'
'kita dan suntik dye atau dalam term mudah disebut HSG Test (nak tengok tiub fillapio blocking atau tak)
masa kita jalankan OP tadi dan tiub fillipio, rahim dia semua ok"
yang tu je aku dengar.
yang lain aku tak pasti. 

oh ya! sepatutnya OP aku dijangka siap sejam shj, tapi sebab cyst aku terkandung rambut serta lemak-lemak ia mengambil masa untuk Doc buang. (aku dah tengok VCD yang direkod semasa OP aku dulu, hehe memang banyak pun rambut aku dalam tu! haha)
mula OP 8.30 pagi tamat hampir jam 1 tengah hari. 

Mama aku cakap dia macam nak masuk ke OP room tu nak tanya apa yang lama sangat sebab jangkaan awal cuma sejam.
sebab yang aku kena ni dermoid, macam yang aku kata awal entry td Dr Ras diagnosed aku asalnya endometriosis, sebab tu OP dikatakan siap cepat. Sebab kalau endo dia melibatkan darah yang terkumpul dan hanya perlu disedut.

kes aku ni rambut.
bila rambut dia tak sedut.
dia kutip guna pengepit.
masa aku tengok balik rakaman video OP aku tu, pengepit dia macam pengepit uban. kahkah.
ok. itu hanyalah iklan.



4 Petang
aku sedar.
kali ni betul punya sedar.
tapi aku ingat lagi lepas aku sedar tu. aku cakap dalam hati 
'oh macam ni je ke rasa kena operate? tak ada la sakit pun'
ya, aku lupa ubat bius masih ada. hahahaha. 
.
.
.
aku pun berkira-kira dalam hati. sebab aku dgr nurse tu kata ubat bius akan habis dalam pukul 5 ke 6 ke atas.

aku kira.
aku kira.
ok sakit.
memang sakit.
Ya Allah.
 sakit. 

Aku nampak ada darah di katil, tak pasti aku darah apa. Mungkin kesan OP.

aku ni sejenis tahan sakit tau. tapi bila aku kata sakit, tu memang sakit betul sakit. mama aku pun kata macam tu.
apa yang parah masa aku OP aku terkena kencing kotor.
yang memaksa aku untuk aku kerap ke tandas.

Ya Allah dia punya sakit nk bergerak ke tandas Allah je yang tahu.
husband aku papah sebab masa tu mama n abah dah balik.
sebab mama akan jaga aku untuk shift malam nanti pula.
keluarga mertua aku sampai.

dengan tak malunya aku menangis.
sebab memang sakit.


dorang nak balik pun serba salah sebab dorang tengok aku menangis.
aku nangis bukan nak minta simpati. sebab aku sakit.
dah masuk mlm aku lebih tenang.
dengan bantuan pain killer.
cuma bila nak bergerak ke tandas ia merupakan satu PENYEKSAAN.

kesian mama.



Hari Ketiga
Pagi. dapat breakfast biskut dan milo. Aku ambil pain killer. Sakit tapi tidak sesakit sebelum.
masih kerap ke tandas. Masih struggle. Aku suggest pada sesiapa yang nak kena OP sila la pakai baju kelawar. senang. nak berjalan senang, nak selak senang. Semua senang. bergerak pun berhati-hati sebab tebukan aku Doc gam. sekarang tak jahit macam dulu. :)
memang gam tu kuat, tapi masih kena hati. Tak boleh kena air. 


Hari Keempat
hari terakhir aku makan pain killer. ramai kata aku kuat sbb aku gagahkan diri. masih kerap ke tandas.
Sakit dah kurang. Sepatutnya aku keluar hari ni, tapi abah aku suruh duduk lagi sbb di hospital lebih bagus. ramai nurse tengok-tengokkan. 
untung bilik berdua tu aku tinggal seorang. ahli keluarga aku yang lain boleh le melepak ramai-ramai. 😁

Hari Kelima
masih di hospital.
no more pain killer.

Hari Keenam
Check-out.


*lepas dua minggu. aku pulih seperti biasa. 
aku terus fly ke Korea dengan husband untuk sambut anniversary ktorg. Tapi aku dah dapatkan nasihat Doc sebelum berangkat. Alhamdulillah. Aku boleh melancong lepas 2 minggu aku buat laparoscopy. Dengan izin-Nya.  


kalau yakin boleh buat. aku buat sebab aku yakin.
kalau tak. jangan. 
badan kita tak sama. 

Hmm.. cyst ada lagi tak lepas tu?
haha!
sambung nanti! πŸ˜‰



putreexoxoπŸ’‹

Comments

Popular posts from this blog

024: Pengalaman IVF Kedua (HUKMSC - FROZEN EMBRYO)

0018: CERITA IVF PERTAMA KAMI di HUKMSC! (Part I)

0021: CERITA IVF PERTAMA KAMI di HUKMSC! (Part IV) - Our Embryo Transfer Day!