0001: Macam mana boleh tahu ada Ovarian Cyst? - 2015
Nak menulis ni perlu ada courage yang tinggi since kita tak tahu siapa yang baca blog kita kan? kalau ada, adalah. Kalau tak ada aku anggap ni medium untuk aku salurkan info apa yang pernah aku lalui berdasarkan pengalaman diri sendiri. Kalau bermanfaat, dapat la sikit saham pahala aku buat yang senasib dengan aku. hihi.
.
.
.
OK! Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum. :)
Moga korang sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT sentiasa.
Nak cerita pengalaman aku dengan Cyst ni dah macam sebati dah. At first aku tak perasan pun yang aku ni ada rasa sakit dekat bahagian abdomen, selalu aku ingat ini mesti kes makan lambat ni. Gastric jugak yang dipersalahkan haha! Tapi aku memang ada gastric pun. 😔
Cerita dari awal macam mana aku boleh tergerak hati nak buat pelvic scan tu. Ok, ceritanya aku ni dah mendirikan rumahtangga pada hujung Nov 2014 pada usia masing-masing 25 tahun. Dengan izin Allah, aku ditakdirkan la bunting pelamin, tapi sekejap. genap 8 minggu usia kandungan aku mula start bleeding. aha! rahim aku clean, doc cakap tak perlu D&C. Lepas 2 bulan macam tu, positif UPT lagi sekali dan dalam 4-5 hari lepas tu Cik Period keluar dengan jayanya. haha! aku confuse!
Ok itu cerita lain. tu aku update dekat entry lain.
.
.
.
Nak dijadikan cerita lepas tu aku tak 'lekat langsung'. Oleh kerana doc pernah pesan dekat aku dulu masa aku miscarriage, "cont makan folic asid, 2 minggu puasa dengan husband and boleh plan utk next conceive". Doc pun tambah lagi, "early miscarriage adalah perkara biasa, melainkan you gugur 3 kali berturut-turut then you should see a doctor". aku angguk.
Ok, dah aku teringat yang dah 2 kali aku lekat tapi macam ada problem, aku cakap dekat husband aku nk pegi klinik. Aku macam tekad gila nak pegi eventho masa tu usia perkahwinan ktorg belum sampai setahun.
July - September 2015
aku ke klinik sakit puan bangi, dah cerita a-z dia bagi aku clomid 50mg untuk aku makan dari period hari ke 2 sampai la hari ke 6. Tak berkesan. Cuba untuk cycle kedua pada dos yang sama pun tak berkesan. Rasa tak penyabar tu meronta-ronta aku pun berani kan diri nak naikkan dos ke 100mg, tapi doc tak bagi dengan alasan dia kata
"you pernah mengandung sebelum ni".
ok. ok. faham doc!
Nak dijadikan cerita, aku pun tanya pasal scan dalam perut and rasa nak buat tiba-tiba walaupun aku bukan sakit pun, tapi saja gatal. Dekat beberapa minggu aku tunggu (dekat sebulan), klinik call suruh datang untuk aku buat pelvic scan. Yang pergi kebanyakkan mak buyung bersama suami, aku je datang bawak taik gigi, haha! lupa nak tulis, tinggi aku dalam 159cm dengan berat badan 50kg (masa tu lah), haha!
.
.
.
PELVIC SCAN
(Early of October)
(Early of October)
Dah selesai sesi suai kenal, doc pun mulakan la operasi.
Dia scan dari bawah, and tips dia korang kena relax and tarik nafas dalam-dalam. kalau korang tak duduk diam memang akan rasa tak selesa sikit. Tapi tak sakit. Tak lama pun, terus dia nampak dalam ovari aku ada cyst, aku yang memang masa tu tak tahu ape benda la cyst ni relax jela angguk-angguk. Dia kata ada satu, aku tak ingat sangat belah kanan ke kiri masa tu. Tapi ukuran dia dah melebihi daripada ukuran yang sepatutnya iaitu 5.++cm.
Doc kata kalau dah lebih daripada 5cm memang kena buang sebab bahaya pada ovari kita. Boleh twisted dan kemungkinan ovari rosak dan terpaksa dibuang. ha! lagi scary!
Masa tu aku tak dapat doc yang boleh consult aku dengan baik, doc yang scan aku tu mula kaitkan cyst tu dengan cancer la ape la dan kaitkan dengan cerita-cerita negatif. Aku yang baru pertama kali dengar dan pertama kali tahu dan pertama kali terkena, hmm korang boleh bayangkan tak perasaan aku masa tu? dah la aku pergi klinik tu sorang-sorang. 😢
The moment aku masuk je kete, aku call husband and menangis semahu-mahunya. Doc tu buat surat refer ke KPJ Kajang Specialist and aku kena pergi isnin berikutnya.
.
.
.
Cerita di KPJ Kajang Specialist
October 2015
October 2015
aku request OnG perempuan, dan dapat la Dr Rasliza. Dia sambut aku dengan senyuman, baik orangnya. Aku terangkan sejarah medical aku and dia minta aku baring untuk discan. sekejap je dia scan, dia pun kata "you ada dua cyst ya..", aku pun masa tu, Ya Allah! DUA? aku cakap la hari tu scan 1, and aku fikir pun doc yang dulu bukan la specialist mcm Dr Ras ni. Aku senyum pahit. aku redha masa tu, sebab sejak aku kena diagnosed di klinik bangi hari tu aku dah buat banyak research. Mr Google la tempat aku cari maklumat. Aku sedapkan hati, tak apa lah dah alang-alang nk buang 1 buang la dua-dua walaupun yang lagi satu tu ukuran dia 2.++cm. Ke KPJ ni pun aku g sorang, sbb aku ni jenis tak suka susahkan orang, bukannya aku tak boleh drive sendiri.
Setelah dengar cerita aku mengenai keadaan period aku yang kejap ada kejap tak ada, senggugut dll. Doc kata aku mungkin terkena endometriosis. Aku diam sbb aku tahu endo tu apa (aku dah google sebelum tu).
Dr Ras putus untuk operate atau laporoscopy.
Dr Ras putus untuk operate atau laporoscopy.
Khamis ni operate. haha! ya, on the same week.
minggu lepas diagnosed, next monday appointment, khamis operate. Boleh bayang?
Doc ada cakap jarang yang ada dua cyst ni, selalu sebelah je.
aku dengar nak sedapkan hati kata la:
'oh aku ni istimewa rupanya' 😂
Doc ada cakap jarang yang ada dua cyst ni, selalu sebelah je.
aku dengar nak sedapkan hati kata la:
'oh aku ni istimewa rupanya' 😂
aku terpaksa setuju. untung saja lah aku ada GL. Kalau tak, mana la nak cekau duit kos pembedahan lebih daripada 10k (sebab aku ada dua cyst). Alhamdulillah, kat situ pun Allah dah permudahkan.
Keluar dari hospital, NANGIS LAGI. haha.
Ya, aku nangis lagi. tak tahu rasa apa. 26 tahun hidup, aku rasa aku ni dah cukup sihat, dan tiba-tiba tak ada sakit apa kena operate. lebih buruk lagi, aku tahu endo tu apa dan keinginan untuk aku hamil tu makin sukar aku bayangkan.
Aku jumpa husband waktu dia lunch, kebetulan office dia pun tak jauh daripada KPJ Kajang tu. Nangis lagi.
Aku jumpa husband waktu dia lunch, kebetulan office dia pun tak jauh daripada KPJ Kajang tu. Nangis lagi.
.
.
.
.
.
Laporoscopy tangguh. sebab? Cik period datang.
Tunggu clean. lepas seminggu aku pun buat la laporoscopy.
tapi itu bukan penghujung cerita Cyst aku. Ada lagi.
aku cerita pengalaman aku jalani laporoscopy dengan selengkapnya on next entry ya? :)
putreexoxo
Comments
Post a Comment