0003: Pengalaman kena Ovarian Cyst buat kali kedua - 2017

BETUL.

aku dah jalani laparoscopy pada Oct 2015.
"tak ada follow up ke sis lepas tu?"
ada.
untuk periksa luka dan sebagainya.
3 bulan lepas tu pun aku kena ke KPJ semula. 
Alhamdulillah.
dah tak ada apa.
.
.
.

Assalamualaikum, Haiiii semua. ✋

Sebenarnya aku tulis ketiga-tiga entry ini pada hari yang sama.
mood rajin aku datang. 
aku tulis.
alhamdulillah memori yang Allah beri ni mampu buat aku ingat segala yang berlaku sejak dari aku berumur 4-5 tahun.
husband aku panggil aku ni memory tahap tera.
long-term-memory punya orang.

ok, back to tittle. 
Ya, again aku telah disahkan mempunyai cyst buat kali kedua kalinya.

seperti biasa macam mana boleh tahu kali ni?
kebetulan lagi?
jawapan sis.
YA.
Allah Maha Besar.
kebetulan juga kali ni.


al kisah sebelum aku di diagnose.
.
.
.


 Mac 2017
aku macam biasa mmg ada masalah insomnia sejak dari zaman degree. 
malam tu aku susah nak tidur, perut rasa macama ada yang tak kena. aku cuba recall balik aku makan apa malam tadi. aku try recall balik aku memang jenis suka makan pedas.
aku cuba pejam mata. tak boleh jugak.
dekat 4 pagi aku bangun dari katil.
aku tak rasa macam badan aku sakit. nak bangun tak daya.
aku gerak husband kata aku tak leh nak bergerak sbb perut aku sakit sangat.
dia kata nak g hospital ke?
kebetulan rumah ktorg dengan Hospital tak la jauh sangat, adala dalam 5 minit menaiki kereta.

aku bangun juga nak tukar baju.
the moment aku bangun, aku rebah sbb perut tak daya. sakit.
dalam otak aku fikir,
 'ni dah kenapa pulak ni?
appendix ke apeni?'
cubaan bangun kali kedua juga gagal. makin dipaksa makin sakit.
Nangis.
husband bangun tolong pakaikan aku pakaian yang bersesuaian.
alhamdulillah.

bergerak ke Hospital Serdang.
Ya, kalau dah namanya hospital baik kerajaan atau swasta sama je.
lambat.
pukul 6 pagi seingat aku baru la dapat jumpa doctor, dia tanya itu ini.
dia tak jumpa punca.

3 kali dia scan, bersilih tukar doc.
tak jumpa punca.


yang kelakar doc amoi tu tanya,
'you ada boyfriend meh?'
aku pun eh?
'i dtg dengan husband i'
Doc amoi tu kata,
'Oh...you dah kahwin...'
aku pun tak tahu la nak bangga ke nak marah.
sbb lepas die scan dia syak aku preggy tp dia boleh tanya soalan macam tu.
oleh kerana aku tak kuasa nak melayan aku tanya, ada apa?
dia tanya 
'you dah berapa hari tak dtg period?'
aku jawab dekat 2 minggu.


aku tau aku tak perggy. berkali-kali aku cakap aku tak preggy sbb UPT test pun aku dah buat.
Doc tu tetap berkeras suruh buat lagi sekali sbb tak puas hati dengan result scan aku.
aku pun bangun ke tandas. buat.
ok negatif. 
'aku dah kata dah'
๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†

last sekali aku tanya aku sakit apa?
dia kata kalau sakit dekat abdomen tu tak ada kaitan dengan gastric sbb gastric bawah sikit je dari dada kita.
tapi dia bekalkan juga ubat angin. haha!
muka doc tu confuse, apetah lagi muka aku.
8 pagi aku ingat baru settle semua.


tapi masa nak keluar, dia pesan dekat aku supaya re-scan balik di klinik/hospital lain. kata dia, mesin scan dorang mesin lama. 
aku pun macam,
'boleh ea macam tu?'
adoi.
kesian.

patient macam kita ni lagi kesian.
memang la kita bayar seringgit je,
tapi kita deserve perkhidmatan yang terbaik kan?
alahai.


balik tu dah ok sikit.
pagi esok aku ke klinik swasta.
macam biasa, aku perlukan doc perempuan.
bab tu memang aku jaga sikit. ๐Ÿ˜‚
.
.
.

result-nya?
asalnya dia nak scan bahagian atas perut je, setelah aku pun keluarkan segala mak nenek sejarah sakit cyst aku.baru la doc tu nak scan ikut bawah.
kita bukan nak susahkan dia, tapi sbb aku ni dah berpengalaman scan ikut segala tempat jadi aku tahu mana yang terbaik. mana yang lebih jelas. 
aku tahu pakar O&G buat kerja macam mana, kalau nk compare dengan doctor biasa.
kita pun memudahkan kerja dia.
dalam beberapa second dia kata;

'i nampak bayang hitam ni and i tak happy'
aku masa tu diam je.

doc pun sambung,
'kita zoom sikit'
ok. ini memang cyst.
cuma kandungan apa kita tak pasti.

selesai.
doc tengok muka aku.
aku senyum pahit.
aku bayang apa yang telah aku lalui setahun lebih yang lepas.
semuanya masih jelas.
dan masih baru.
sakit pun aku masih boleh cerita macam mana.
ALLAH.
tu je mampu aku ucap ketika tu.

oh, by the way masa scan aku masuk sorang. husband aku tunggu dlm kereta sbb aku cakap dkt dia pergi la cari parking. tapi belum sempat dia masuk klinik, urusan aku pun dah settle.

lama sikit dia tanya.
biasanya dia tak payah tanya, aku akan cakap sendiri.
mungkin dia pelik selalu aku ni bising.
mungkin dia boleh rasa ada yang tak kena.
aku diam
aku diam
aku diam.
tak mampu nak kata apa.
dia singgah di Petron.
aku menangis teresak-esak.

dia masuk dalam kereta.
dia tanya kenapa ni?
aku jawab,
'csyt'
dan dua-dua pun sama-sama diam.
yang dengar masa tu hanyalah bunyi hingus aku. 
haha!

macam biasa aku dapat surat refer ke KPJ Kajang sbb masa cyst yang pertama dulu pun aku buat disana. Doc di sana pun dah kenal aku.
.
.
minggu depannya.
.
.


Kisah di KPJ Kajang Specialist

Macam biasa aku disapa mesra.

Dr Ras tanya,
'kenapa?'
aku jawab dengan senyuman,
'cyst doctor'
dia balas
'cyst lagi?'
aku tunjuk result scan. 
dia belek.
terus suruh aku baring.

teringat peristiwa pertama dulu.
masa scan di klinik biasa cyst aku cuma 1, datang ke KPJ ni dapat 2.
kali ni macam mana pulak?
selesai scan.

Ya, ternyata memang cyst. 
Doc kata mungkin sama macam dulu.
cuma kali ni besar.
cepat.
dalam setahun lebih dari tarikh aku OP pada Oct 2015,
berukuran 5.99cm.

besar untuk jangka masa yang singkat.
ada satu.
cuma disebelah kanan. 

syukur. cuma satu.

doc kata,
nak buang?
besar ni.

aku diam.
mungkin dia tau apa yang aku fikirkan. 
dia kata
'tak ada ubat yang boleh kecutkan cyst'
aku ingat lagi dia kata macam tu.

aku balas.
nanti aku balik nak bincang dengan keluarga.
dia bagi beberapa cadangan tarikh untuk aku.
aku cuma angguk.
minta izin untuk balik.
aku janji untuk jumpa dia semula isnin depan.
.
.
.
 aku ingat lagi.
orang yang paling sedih adalah mama aku. 

aku tau dia sama macam aku. aku tau dia menangis.
aku senyap-senyap baca whatsapp dia dengan suami aku.
aku tahu dia sedih.
aku cuba tak nak menangis depan dia.
aku cuma menangis bila aku sorang.
kenang nasib.
haha!


isnin yang dijanji.
hasil perbincangan.
mama suruh aku tangguh OP.
kata dia kali ni kita usaha sendiri.
cara kampung ke apa ke.
aku setuju.
cuba jela kan. tak rugi.


aku minta Dr Ras bagi aku tempoh sebulan untuk aku usaha kecutkan cyst aku sendiri.
dia setuju dan beri aku kad apointment pada tarikh sebulan yang akan datang.



apa usaha tu? berjaya ke tidak? aku cerita next entry ok? ๐Ÿ˜‰



putreexoxo๐Ÿ’‹












Comments

Popular posts from this blog

0018: CERITA IVF PERTAMA KAMI di HUKMSC! (Part I)

024: Pengalaman IVF Kedua (HUKMSC - FROZEN EMBRYO)

0021: CERITA IVF PERTAMA KAMI di HUKMSC! (Part IV) - Our Embryo Transfer Day!