0011: IUI kedua di HKL - Last (Bahagian 5)
sambungan yang terakhir daripada IUI kedua di HKL... Assalamualaikum pada pembaca blogku ✋ . . . . Entry ini aku memang ambil masa yang lama nak menulis. Hatta benda ni dah berlalu berbulan lamanya, tapi kesan yang ditinggalkan agak mendalam. Seperti yang korang sedia maklum, IUI kedua aku hampir tidak dapat diteruskan atas sebab perkembangan telur yang sangat memberangsangkan dan aku yang decide untuk teruskan kerana aku yakin atas setiap ketentuanNya. last entry aku ada tulis yang sakit sebelum period aku tu lain macam sikit kan. Ada seorang pembaca blogku ada meninggalkan komen bahawa kemungkinan aku juga pregnant seperti dirinya yang kali pertama membuat IUI, alhamdulillah tahniah untuk awak. 😍 IUI kedua aku juga gagal, walaupun aku dapat tanda-tanda yang aku dah ceritakan pada last entry aku dulu sebab tanda-tanda pregnant ini sama seperti tanda-tanda nak period. Jauh di sudut hati ktorg suami isteri, tak dapat kembar pun tak apa lah, seorang pu...