0007: Pengalaman IUI kedua di HKL - 2017 (Bahagian 1)

Assalamualaikum. Haiiii semua!
.
.
.
ok, seperti yang korang sedia maklum, aku dah cerita pengalaman iui aku yang pertama di KPJ Kajang pada Febuari 2016.
Sebelum aku ambil keputusan untuk buat iui dulu, 
aku dah cuba clomid 50mg untuk 2 cycle.
 Clomid tu aku minta di klinik wanita di Bangi.
Masa tu usia perkahwinan aku belum pun masuk setahun,
cuma aku ada naluri yang aku macam ada problem since dah dua kali aku miscarriage.
lepas aku disahkan ada cyst, doc berkali ingatkan aku yang cyst aku ni
tak bersangkut pun dengan kenapa aku tak mengandung lagi lepas 2 kali gugur tu.
Dah clear sume (tak ada problem) dengan test yang berkaitan dengan kesuburan baru Doc suggest untuk aku cuba IUI.

1. Blood test
2. Hsg test
3. Sperm test

IUI pertama aku masa usia perkahwinan ktorg dah setahun 3 bulan. 
Tapi gagal. hasil pembacaan aku sebelum aku buat IUI, hormon juga salah satu faktor penyumbang kepada masalah kesuburan. aku dah tanya banyak kali dekat Dr Ras, kenapa hormon aku tak diperiksa terlebih dahulu. Dia balas, hormon tak ada kaitan.
Aku pun ok. 
Oleh kerana aku ni fikir dia specialist, aku fikir mungkin dia lebih arif. Hasil pembacaan aku di blog-blog, hormon sangat bersangkut dengan kegagalan untuk hamil. Dalam erti kata lain, penyebab kepada ketidaksuburan la. Tapi dah dia specialist cakap macam tu, aku terima la.
Ok, itu selingan cerita pasal IUI pertama aku.
.
.
.
Cerita IUI kedua aku adalah di HKL. 


Infertility HKL
(Febuari 2017)

Setelah mencuba sendiri selama setahun (selepas IUI yang pertama) dan tanpa bantuan clomid atau apa-apa ubat hormon aku tetap tidak hamil. aku mula berkira-kira untuk berusaha dari sudut perubatan pula. Aku katakan pada husband untuk mencuba rawatan Islam serentak bersama perubatan moden. Alhamdulillah husband aku sangat supportive orangnya.
Aku ada juga mencuba untuk mengurut, minum susu kambing dicampur dengan kurma. Hmm.. bab perubatan alternative tu aku akan cerita kemudian.

macam biasa, aku berkira-kira untuk ke swasta lagi memandangkan kos di swasta sangat la tinggi aku cuba untuk mencari hospital kerajaan yang menyediakan rawatan kesuburan dan hospital yang menawarkan perkhidmatan ini adalah amat terhad dan kami memilih HKL kerana agak berhampiran dengan tempat tinggal kami. 
Macam biasa, nak ke sana perlu ada surat rujukan.
Oleh kerana aku punya banyak history dengan KPJ dan aku memang jenis simpan semua medical record aku, aku cuma minta phk KPJ untuk keluarkan surat rujukan sahaja untuk aku sambung rawatan di hospital kerajaan.
dalam 2 minggu siap, aku call dulu pihak HKL untuk tanya apa yang perlu dibawa,

1. Surat Rujukan
2. Surat Nikah
3. Laporan Kesihatan (jika berkaitan)

Selesai. semua tu aku dah ada.
7.30 aku dan husband dah terpacak dekat depan klinik Infertility HKL. 
Ianya terletak di bawah wad bersalin. 
Pada yang dah biasa pergi, memang akan diberikan kad kecil bewarna putih yang dipanggil kad temujanji dan dorang akan letak kad tersebut di dalam bakul kecil yang disediakan di pagar klinik. Letak je situ dan tunggu bila pintu dibuka, nurse akan ambil dan kita hanya perlu tunggu bila nama dipanggil. Pada yang pertama kali macam aku dulu, aku datang awal lepas tu timbul rasa segan sebab klinik tu klinik memang disediakan khas untuk mereka yang mempunyai masalah kesuburan. Kalau macam KPJ dulu, semua masuk bilik yang sama jadi tak ada lah nampak sangat kan. haha!
ditambah pula orang kerap lalu lalang situ, lagi la rasa macam adoi. 😂


Lama-lama aku tengok, makin ramai pasangan yang sampai. 
Semua tunduk, ada yang langsung tak toleh kiri kanan. 
aku pun macam boleh faham perasaan dorang. untuk hari pertama, kami cuma datang untuk serahkan semua dokumen yang di atas. 
oleh kerana ada sedikit kesilapan iaitu surat rujukan aku adalah dari klinik swasta, maka di kemudian hari aku akan di caj dengan rate swasta, bukan RM5 macam orang lain. 
Nurse tu tanya aku, kalau nak proceed boleh tapi kos dia lain. 
Aku minta untuk tukar rujukan itu kepada surat rujukan dari klinik kesihatan kerajaan.
Sebulan kemudian aku kena datang semula dengan surat rujukan kerajaan tersebut. So, korang kat sini kena hati-hati, pergi la dapatkan surat rujukan kerajaan untuk kesenangan korang dikemudian hari. Setiap kali korang datang kos cucuk, ambil darah, ubatan pun cuma RM5. Jimat banyak dah dekat situ. Sebab tu aku sanggup tunggu sebulan lagi. hehe. 
.
.
.
sebulan kemudian
.
.
.

Mac 2017
Surat dah settle semua. Aku datang serah. 
Masa ni suami kena ada. 
Perkara pertama ktorang buat adalah ambil berat dan tinggi.
Tinggi dia tanya macam tu je, berat memang kena timbang.
Berat aku ideal, husband aku tak tapi tak la sampai obes. haha!
Orang kata berat ada kaitan dengan kesuburan. Betul. Kalau korang banyak membaca, 
ramai yang dinasihatkan doc untuk turunkan berat badan sebelum memulakan apa-apa treatment.
Bab tu aku tak risau sangat
Nurse akan buka fail untuk kita dan akan bertanyakan beberapa soalan mengenai diri/kesihatan.
aku dikira bertuah sebab dah buat banyak ujian, dan rekod kesihatan semua lengkap.
antara laporan kesihatan yang aku bagi adalah:

1) ujian pap smear - KPJ
2) hsg test - KPJ
3) pap smear - Pantai Hospital
4) ujian keputihan - Pantai Hospital 


So, banyak step dah aku skip. 
Nak atur temujanji dengan hospital kerajaan ni bukan makan masa sikit-sikit. Berbulan. haha. 
Masa ni aku diberikan kad temujanji. 
Ada 3 borang yang dibekalkan,
iaitu 2 borang untuk ujian hormon.
dan 1 untuk ujian sperm
masa tu aku tanya la, 

'penting ke ujian hormon ni?'
nurse tu jawab. 
'sy tengok awak punya report semua dah lengkap, tapi kenapa tak buat ujian hormon?'
aku pun balas,
'sy dah tanya soalan tu dekat doc KPJ dia jawab ujian hormon tak penting'
nurse tu balas,
'hormon sangat berkaitan, dari situ la kita dapat tahu sama ada puan ada masalah atau tak'
masa tu aku macam
^%^$%#%$^&*

Geram betul rasa dihati.
Bukan apa, kalau tau lebih awal dah lama aku pegi buat ujian hormon tu dekat klinik biasa.
Result pun tak la ambil masa yang lama nak dapat.
Buat hari ni silap-silap petang ni juga siap, buat dekat hospital kerajaan memang makan masa berbulan. Yela, RM5 je kan untuk setiap kali ambil darah.
Kalau korang buat dekat swasta range harga dia dalam RM18+ ke atas untuk kedua-dua ujian tu. 
Tak sampai la RM200. 
Nak murah kan. haha.



Aku dapat 3 borang pada hari tersebut.
borang 2 keping yang aku dapat (borang hormon), tu kena bawa masa nak ambil darah pada hari ke 2 period dan juga hari ke 21 period. Lagi satu borang adalah borang ujian sperm. borang tu kena bawa tak kisah bila-bila. 
Husband korang nak buat ujian tu pada day 2 or day 21 ke (sekali dengan korang), terpulang. 
Janji sebelum nak buat ujian air mani tu, korang kena puasa selama 5 hari untuk dapatkan keputusan yang lebih maksimum.

.
.
.
Day 2 (/)
Day 21 (/)
.
.
.
Ok settled.

So, next appointment sis bila?
3 bulan lagi.
untuk jumpa dengan doctor.
hehe. 
.
.
.

aku update next entry ya.
penat sis menaip hari ni.
Dah la baru balik dari kursus umrah dari pagi sampai tengah hari.
Kebetulan hari ni aku 'cuti',
tak rehat apa terus aku buka blog.
gigih kan.
aku update bahagian 2 nanti ya. 
till then.



salam.



putreexoxo💋






















































Comments

  1. Hi Putree Zarith.. sy baru nak buat appointment di HKL.. boleh wasap sy tak utk sy tnya a few soalan.. call infertility dept susah sgt nak jawab telefon. my hp number is 01114649524 dan nama sy Linda. TQ

    ReplyDelete
  2. Hi... sorry lambat reply... In shaa Allah boleh... takde mslh... :)

    ReplyDelete
  3. Insya Allah selasa depan sy dptkan surat rujukan dari KK terdekat. minggu ni busy tak sempat sbb baru seminggu masuk kerja lepas mc panjang operation remove fibriod. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syafakillah. Moga cepat sihat ya. Bila dah sihat nanti, kalau awak nak sy whatsapp, awak boleh tinggalkan komen dekat sini then sy akan whatsapp awak ya. Jaga diri baik-baik. :)

      Delete
  4. Salam, sy ingat nak ke HKL pukul 10am nanti. Document apa kena bwk selain IC dan surat rujukan dari KK ya? boleh awak wasap sy? Thanks a lot :)

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Ok takpa, sy dah daftar kat HKL. bawak surat rujukan kk dan IC ja. thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa sy tahun lepas nurse mintak salinan surat nikah. Alright. :)

      Delete
  7. salam.....so nk tau kos IUI kat gomen hospital bape eks?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baru p HKL March lepas, IUI free je tapi HKL akan meeting and decide kes awak boleh buat IUI atau on clomid dulu. Kena buat beberapa test dulu.

      Delete
    2. Waalaikumsalam. Untuk IUI di HKL, awk hanya perlu byr RM5 untuk setiap kali treatment yg awk dapat. Cth, blood test, ubat, etc. Itu shj. 😌

      Delete
  8. Thanx guyz bg info....br tahu free sbab pnh tgok kat page ke blog ade bgtau rm900+ cmtuh.tuh yg nk tau kot da naik ke.sy da refer n buat test kat melaka,tuh knon br 1st time la ni nk try HKL.lame x proses nk buat IUI tuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Proses IUI tu tak lama sis, yg lama tu nak tunggu panggilan appointment n result blood test. Sy register bulan 3 tahun lepas dan buat IUI bulan 9. Queue ramai. Hehe.

      Delete
  9. Salam sis klu nak cek kene pegi klinik kerajaan dlu ye.klu bole sis wasap saye 0163672655 saye pertama kali nak bt x tahu mcmane.saye harap sis bole tolong saye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm sis, maaf sbb sy baru buka blog. Harap sis sudah menemui jawapan untuk persoalan sis. Jika belum sy boleh whatsapp sis. :)

      Delete
  10. Lepas sy amek surat rujukan Dr kk.. Kita kene p hospital besar ka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye... pastikan surat rujukan tu surat rujukan daripada kerajaan juga ya puan...

      Delete
  11. Assalamualaikum, betul ke untuk membuat pemeriksaan kesuburan di HKL usia perkahwinan hendaklah tidak kurang dari 2 tahun? Usia perkahwinan saya in shaa allah bulan 11 ni dah masuk setahun. Tapi saya nak sangat buat ujian kesuburan. Saya pernah sekali keguguran pada bulan 3/2018, selepas keguguran masih belum ada rezeki lagi. Boleh puan bantu saya proses yang di buat di HKL? Ws saya di 012-9380375

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam puan, sy tak pasti mengenai hal ni. Tp sblm memulakan rawatan kesuburan mmg ada sesi di mana nurse akan bertanyakan mengenai usia perkahwinan dan sejarah kesihatan kita. Sy mula ke HKL pun selepas masuk tahun ketiga perkahwinan. Untuk lebih mudah, sy cadangkan untuk puan terus hubungi pihak infertility HKL bertanyakan hal ni.

      Delete
  12. @putreeZarith sis br lpas buat IUI kn bln 9.cmne pkembangan sis?smoge dpmudahkan sgala urusan sis.sy br nk buat 2nd appoint next week.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Perkembangan skrg, sy masih lagi TTC puan. Tapi dah ke IVF. In shaa Allah kalau ada rezeki nak mencuba kali ke3 pula IVF nanti. Doakan ya. :)

      Delete
    2. Buat IVF berapa kos Kat hkl

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

024: Pengalaman IVF Kedua (HUKMSC - FROZEN EMBRYO)

0018: CERITA IVF PERTAMA KAMI di HUKMSC! (Part I)

0021: CERITA IVF PERTAMA KAMI di HUKMSC! (Part IV) - Our Embryo Transfer Day!