Posts

027: THROWBACKK LAGI

  Assalamualaikum wbt . Aku tulis lagi. Niat nak habiskan entry pasal ni sbb aku nak bukak topik baru. Rajin aku menulis sbb ada benda nak tulis dan kebetulan aku dah hujung penggal, budak2 pun dah direhatkan sbb nak bagi laluan pada SPM. Aku tak update kan, yang aku skrg dah tukar sekolah. Alhamdulillah, masuk tahun 2022 banyak dah berubah. Masuk 2023 lagi la bertambah rezeki dengan masuk rumah baru. Syukur, Syukur. Rezaki Allah Maha Luas. 😍😍😍 . . Gigih aku menaip, dari lappy atas meja sampai la lappy atas riba sbb aku dah start sakit leher (tua dah) . . Aku sambung lps part aku tau aku pregnant tu, aku amik second vaccin kan. Lps tu aku dan husband jalani hari2 seperti biasa. . . Aku makan folic asid, aku amik jugak Duphaston. Tu tak silap aku kan, aku mkn lebihan dr prcedure IVF lepas. Cuma bezanya aku tak g amik mascullar injection tu. Bila ingat2 balik patutnya aku call Prof kan, maklumkan yang aku pregnant. Mungkin dia boleh bg suggestion apa2 memandangkan aku ni lama TTC ...

026: Pregnant lagi ke??? THROWBACKKKK

Image
 Assalamualaikum wbt . Apa khabar my dear readers? . Sedar tak sedar lama sgt la aku tak update blog aku ni. Especially bila last entry aku ada tulis, aku ada good news nak share. . . Tadaa! (30 June 2021) MasyaAllah.. Tabarakallah. . . Mcm tak percaya. Bukan sbb apa, sbb aku baru je gugur kan lps FET tu. Tiba-tiba dgn tak buat apa-apa treatment, aku pregnant sendiri. Maksud sendiri aku tu aku pregnant mcm normal person. Tak amik apa-apa ubat. Alhamdulillah. Rasa mcm tak percaya. . . Aku nk tb balik waktu tu. Aku punya period sejenis regular, lambat pun paling sehari. cycle aku dlm 28-29 hari mcm tu. Alhamdullilah, di saat ni aku masih punya  period cycle yang sama. . . . Masa ni aku lewat seminggu, fuhh sabar teruk aku masa ni. Yela, kita dah lama kahwin kan. Buat IVF sampai 2x so mmg aku dah relax sgt dah. Masa awal kahwin yela lewat sehari dua dah mcm ayam berak kapur dah. Masuk hari ketiga mmg tak tangguh dah. Subuh tu jgk bgn test, hehe. . . . So bila dah 7 ni aku mcm ah ...

025: Keputusan IVF Kedua! (HUKMSC)

Assalamualaikum semua! Hai semua πŸ‘‹ . . . MasyaAllah lama sungguh eden tak update blog! Sedar tak sedar dekat setahun tak update.  Ok meh la nak update sementara tengah cuti kan.  . . . Ok, aku nak cerita sebab cerita kali ni agak lain sikit. Pengalaman berbeza dengan IVF pertama. Kali ni lebih smooth. Lepas je FET tu, proses pembuangan air kencing pertama adalah sedikit pedih.  Pedih tu aku teringat sampai ke hari ni.🀭 Kali ni aku lebih berhati-hati. Aku cuba untuk tidak terlalu fokus sangat. Aku buat kerja macam biasa cuma tak terlalu lasak. . . . Mac 2021 Elok je sampai masa untuk aku buat UPT aku tengok tak ada langsung garisan. Aku relax je. Kecewa sikit tapi still under control. So aku macam ok la tak apa nanti kita test lagi. Selagi tak period still ada chance. Ada possibility HCG belum betul-betul tinggi. Nak sedapkan hati punya pasal. Hehe. . . . Selang dua hari aku buat lagi. Masih sama. Maka aku redha. Pastu aku masuk kerja macam biasa. Aku aktif balik. Dalam ...

024: Pengalaman IVF Kedua (HUKMSC - FROZEN EMBRYO)

Image
                                                                                       Assalamualaikum semua. πŸ‘‹ . . . Apa khabar?  . . . Macam yang aku tulis dekat entry sebelum ni, Aku sekarang sedang menjalani IVF buat kali kedua. Cuma beza kali ni tak renyah IVF pertama. Pertama dulu aku buat Fresh Transfer tapi kali ni Frozen Transfer. Sebulan sebelum buat FET ni, Prof minta aku datang scan untuk nak check uterus lining aku. Sama ada memerlukan ubatan atau tak. Turn out ketebalan waktu aku scan tu, pada Jan 2021,  hari ke 12 kalau tak silap  ada dalam 7 ke 8mm masa tu. Aku punya period memang sikit sejak laparascopy dulu. Datang pun 3 hari, lepas tu dia datang secalit...

023: Pengalaman Gagal IVF (lepas sebulan tak datang haid)

Image
  Assalamualaikum semua . . . Hari ni aku rajin sikit nak menaip tentang perasaan aku apabila gagal  untuk IVF yang pertama. Aku pun sama macam orang lain, yg sudah semestinya mengharapkan kejayaan pada percubaan yg pertama. Tapi apakan daya, kita hanyalah mampu merancang dan Allah SWT jualah sebaik-baik perancang.  . . . Jujur aku nak bagitahu yg aku langsung tak nangis, apa tah lagi nak berduka lara tentang kegagalan IVF aku. Mungkin sbb dah biasa dan ktorg pun tak terlalu meletakkan harapan yg tinggi. Aku dan husband tetap positif dan berhajat untuk membuat IVF yg kedua. Alhamdulillah, dalam pada tak nangis tu of course la ada di satu sisi tu kau akan tetap juga terasa memandangkan IVF ni juga turut memberi harapan  kepada kedua ibu bapa ktorg. Part nak bagitahu kata IVF tu failed pada dorg tu yg mcm sedih sikit. Maklum la kita tahu semua pun sama2 doakan dan mengharap yg baik2 Tapi alhamdulillah, aku bertuah dapat family yg sangat la supportive. πŸ’— . . . Kali ni ...

0022: PENGALAMAN SEBULAN SELEPAS EMBRYO TRANSFER (Part V - LAST)

Image
  Assalamualaikum wbt...😊 . . . Hari ni tarikh aku menulis adalah 5/2/2021. Aku nk bukak blog tentang perasaan aku selepas transfer tu. tak pasti kalau pengalaman aku ni lain drp orang lain. rasa macam ya. Terima kasih juga pada sis yg request nak sambungan cerita ni. πŸ’• Kebetulan masa buka blog nmpk ada komen, 2-3 hari baru la rasa nak menulis.  Sebenarnya ia secara tak langsung buatkan kita lebih bersemangat nak menulis  sbb kita tahu ada yg sudi membaca dan mengikuti.  Alhamdulillah. Terima kasih banyak ya. 😘 . . . Ok sambung. Selepas selesai transfer, setiap hari aku perhati je apa yg berlaku pada tubuh aku ni. Kiranya setiap hari jugaklah aku bertemankan Youtube, heeeee. Tak tahu la dia rasa macam kena je tengok. Mungkin sbb ni pertama kali. Mungkin. Just to make sure apa yg aku rasa ni lebih kurang  sama dengan patient yang lain (self motivation) hahaa. Minggu berganti minggu,  Aku ingat lagi masa tu tengah viral pasal artis Elizad pun buat IVF juga...

0021: CERITA IVF PERTAMA KAMI di HUKMSC! (Part IV) - Our Embryo Transfer Day!

Image
 Assalamualaikum semua. πŸ‘‹ . . . . Apa khabar?  Musim-musim pandemik ni sila jaga diri ya.  Tak ada keperluan untuk keluar sila jangan keluar ya.  . . . . 1, 2 hari berlalu. Tiada panggilan daripada pihak HUKM. Eggs retrieval aku adalah pada hari ahad, ni dah hari rabu. Prof kata embryologist akan call untuk update bila tarikh ET (embryo transfer). . . . Aku mula tak senang duduk. Aku ingat lagi, aku kerap whatsapp husband aku untuk hubungi MAC HUKM. Yela aku nak tahu juga sama ada aku kena buat day 3 ke day 5 transfer. Petang tu aku terima whatsapp daripada PA Prof. Masa ni aku belum dapat confirmation lagi. Tapi masa terima whatsapp ni aku memang betul-betul happy, sebab dah nampak bunga-bunga yang embryo ktorg berada dalam keadaan baik,  Inshaa Allah. Pada yang wondering apa beza day 3 dan day 5 transfer,  korang boleh refer pada video di bawah ni ya: . . . Blastocyst Vs Day 3 Embryos . . . Jadi, memang ada perbezaan yang ketara pada dua hari ni. Secara ...